Tips Penjagaan Luka Bersalin Pembedahan

Kali ni nak kongsi sikit pasal tips berguna (pada hemat sayalah kan, berdasarkan pengalaman sendiri) mengenai penjagaan luka bersalin pembedahan. Cara saya mungkin tidak sempurna, tapi Alhamdulillah saya tidak terkena jangkitan kuman dan yang penting luka kering dengan baik sekali. Sneak peak sikit parut pembedahan secara pembedahan sebelum saya cerita selanjutnya ye...

Luka saya masih lagi merah... tapi taklah seteruk macam gambar sebelah kanan sebab luka tu dah berusia 3 bulan lebih nak masuk 4 bulan. Tapi saya masih lagi di tahap berjaga-jaga, tak angkat barang berat, tak garu tempat luka dan yang penting, check tiap-tiap hari kalau ada pendarahan/nanah walau sedikit.

Ok, berbalik kepada tips penjagaan luka tersebut.

Pertama sekali, seperti penjagaan luka lain, tempat jahitan perlu sentiasa kering. But of course, being human, we excrete sweat occasionally unless we spent all of our time in a fully air conditioned room. Jadi sesuatu yang normal bagi seseorang itu berpeluh dan bagi kes ibu-ibu yang bersalin secara pembedahan, peluh berdekatan kawasan luka itu tidak bagus ye puan-puan. Lap cepat-cepat bila rasa basah je dan sekali sekala angin kan luka (means jangan asyik tutup dengan bengkung saja, me personally tak pakai pun bengkung. Panas dan juga takut luka lambat sembuh dok berbalut macam tu. My motto 'Biarlah perut geleber asalkan luka cepat baik').

Pernah saya baca di internet cara keringkan luka pakai hair dryer instead of guna kipas tapi kedua-duanya saya tak galakkan. Kipas takut luka kekal lembap walaupun nampak kering seterusnya menggalakkan jangkitan kuman. Hair dryer pulak keluarkan angin panas. Secara logiknya angin panas akan menyebabkan luka kembang dan takut nanti menetas pulak. Nanti nak kena buat wound reconstruction kan dah sakit 2 kali. Baik elakkan.

Cara saya buat, sediakan tuala khas untuk lap tempat luka. Setiap kali lepas mandi saya akan dab tuala pada luka (jangan tekan!) sampai kering. Kalau rasa tak larat nak tunduk-tunduk mengelap, mintalah tolong daripada yang menjaga anda berpantang. Lepas dab, pakai kain batik loosely dan angin kan sekejap.

Saya tak sapu apa-apa pada luka, doktor pun tak ada bagi apa-apa ubat untuk sapu. Basuh masa mandi pun guna air semata-mata, jangan sabun. Masa sabun bahagian badan lain, perlu elakkan daripada terkena pada luka. Pendek kata jangan suka-suka sapu dengan dettol ke, minyak gamat ke unless your doctor advised you to.

Dari segi makanan pula, saya banyak makan ikan haruan rebus dan hirup kuahnya dalam tempoh saya berpantang. Yang gatal-gatal saya elakkan sampai sekarang. Bukan apa, tak tahan rasa nak menggaru tapi takut nak garu. Sudahnya diri sendiri menderita. Tapi dalam jaga makan kadang-kadang terkena jugak 'termakan' benda gatal. Sudahnya garu peha yang tak gatal, compensate tak boleh nak garu tempat luka. Huhu.

Saya juga amalkan jelly gamat, tapi dos nya berbeza dari mula sehingga habis pantang. Minggu pertama cuma makan satu sudu kecil 3 hari sekali. Masuk minggu seterusnya, 2 hari sekali. Kemudian sekali sehari sampailah masa dah hampir sebulan, baru makan 2 kali sehari macam yang disyorkan. Sebabnya makan dengan aturan macam ni untuk elakkan luka luar sembuh terlalu cepat berbanding luka di dalam kata seorang makcik yang saya jumpa masa bawa anak ke Klinik Paeds di Hospital Ipoh yang bagitau. Tahap kebenaran tips ini saya tak tahu, tapi kalau ikut logik (saya punya logik la, aha), bila dah tengok luka luar sembuh elok, mesti dah rasa boleh lasak-lasak kan. Yang kat dalam tak tahu dah elok cantum ke tak.. silap-silap dok lasak sangat tak bercantum yang kat dalam tu. Eeiii, seram.

Orang kata luka bersalin pembedahan lagi senang nak jaga berbanding dengan luka bersalin biasa. Tapi saya percaya, setiap luka pun ada kisah sendiri, menetas ke, menanah ke.. Macam saya sendiri, luka saya selalu berdarah di tempat yang kejadian menanah senang terjadi. Panik tak usah kata, tapi saya pastikan tempat itu kering, darah yang keluar saya sentiasa lap dengan tisu bersih. Alhamdulillah, tiada nanah di situ walaupun asyik berdarah terutama setiap kali lepas mandi.

Kesimpulannya, penjagaan luka sebenarnya taklah susah, semuanya bergantung pada si empunya badan nak jaga macam mana. Yang penting, luka mesti sentiasa kering, kering dan kering.



Cik Atun: Luka yang dijaga dengan baik akan meninggalkan parut yang elok. Kalau terasa tak nak mengandung lagi, jaga cincai boncai pun takpe (memetik kata kawan emak yang datang melawat saya dulu).

2 comments:

  1. salam...org ckp klu bersalin czer tak bley minum milo. nnti bekas czer tuh jadi parut tebal dan hitam...ye ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. erk. saya tak pernah dengar pasal tak boleh minum milo.... saya minum jer. haha. tak hitam pun parut tu tapi memang dia jadi tebal.

      Delete

Do jot down your opinion! ^^

Feel free to use any information or images you found in this blog but do credit properly! Thank you. Powered by Blogger.