Prosedur Permohonan Perkahwinan Pengantin Perempuan di Perak

Post ini dijanjikan satu ketika dahulu. Tapi baru skang nak buat. Haha~ Sorilah ye.

PERHATIAN: Prosedur ini BENAR bagi bakal pengantin yang pengantin lelakinya orang Perak semata dan kedua-duanya perlulah masih bujang. Harap maaf diatas segala kesulitan.

1st Stop

Kursus Kahwin. Sila hadir dan lulus kursus kahwin, seterusnya dapatkan sijil. Simpan baik baik dalam satu fail. Hendak selamat, buat satu salinan fotokopi dan simpan di tempat lain (seperti pejabat ke).

In case sijil asal ter'hilang', sila quote nombor siri sijil anda di pejabat agama di daerah anda hadirkan diri untuk kursus kawin dan mereka akan keluarkan sijil baru. Tak perlu nak pegi kursus lagi sekali dan membazir lagi RM80.

2nd Stop

Buat ujian HIV. Dan kalau mahu, sekali harung buat ujian thalasemia. Saya tak buat sebab tak sempat.

Sila semak dulu di klinik kesihatan mana yang ada sediakan perkhidmatan ini dan semak hari yang boleh buat. Macam mana? Telefon klinik tersebut atau datang tanya di kaunter pendaftaran.

Bagi sahabat-sahabat di Ipoh, Klinik Kesihatan Greentown tu memang boleh buat. Tapi sila lah pergi ke Klinik Kesihatan Bijih Timah instead, sebab tak ramai orang. 70% kurang pesakit daripada Klinik Kesihatan Greentown.

Cakap dekat kaunter,

Saya nak buat ujian HIV untuk pengantin. 

Dia akan bagi satu borang, isi borang tu. Dan ujian akan dibuat seperti yang pernah dibincangkan dalam post ini.

Jangan lupa ambil kertas result yang diberikan dan simpan elok-elok bersama sijil nikah. Jika rajin, buat salinan.

Bayar RM 1 kepada staff di kaunter jika anda bukan penjawat awam.

3rd Stop

Beli borang kebenaran kahwin di pejabat agama. Pengantin perempuan boleh minta tolong pengantin lelaki belikan sebab borang standard digunakan di Perak. Potong yang mana tidak berkenaan bila mengisi borang tu nanti.

Jika bakal pengantin lelaki anda kemut, hulurla seringgit kat dia suruh dia belikan borang tersebut bagi pihak anda.

Contoh borang:


Selalunya bersama borang ni, pejabat agama akan kepilkan satu borang bewarna hijau untuk permohonan kad akuan nikah, surat akuan bermastautin dan borang wakalah wali. Tapi tertakluk juga pada pejabat tersebut dia nak bagi or taknak. Anda juga boleh minta kalau dia tak bagi. I suppose. Huhu.

4th Stop

Buat surat akuan bujang. Dalam surat tu, nyatakan nama penuh seperti dalam IC, nombor IC, jawatan dan tempat bekerja. Minta majikan anda tandatangan.

Alternatively, boleh minta ketua kampung atau pegawai masjid kariah sahkan anda masih bujang.

Simpan surat tersebut dengan selamat. Buat salinan jika perlu.

5th Stop

GESA pengantin lelaki supaya isi dan hantar borang-borang dia siap dengan dokumen sokongan untuk dapatkan kelulusan. Jangan lupa bagi dia 2 keping salinan IC anda supaya dia boleh berbuat demikian.

Tunggu sampai dia dapat kelulusan.

6th Stop

Minta borang pengantin lelaki yang sudah diluluskan. Simpan di tempat yang selamat. Isi borang kebenaran berkahwin anda seperti yang dikehendaki, sila bagi perhatian kepada ejaan dan alamat tempat tinggal. Pastikan semuanya tally dengan particulars yang telah diisi oleh pengantin lelaki.

Jangan lupa minta 2 salinan IC daripada pengantin lelaki. Selain itu, anda juga kena buat:-

  • 2 salinan IC untuk diri sendiri
  • 2 salinan IC untuk wali
  • 2 salinan IC untuk setiap saksi. Maka sepatutnya ada 4 salinan in total.
  • 1 salinan sijil Kursus Perkahwinan

Sertakan juga:-

  • Surat akuan bujang
  • Surat Pengesahan Pemeriksaan HIV yang anda sudahpun buat

Isi:-

  • Surat akuan bermastautin dengan tepat. Tulis alamat dengan betul untuk elakkan delay dalam memproses permohonan anda.
  • Borang wakalah wali walaupun wali anda adalah bapa anda sendiri, bukan wali hakim. Pendek kata, kalau anda pengantin perempuan, anda memang perlu isi borang ini.

Sebelum anda hantar borang permohonan dan dokumen sokongan, SEMAK dahulu supaya semua details yang dimasukkan betul.

Pastikan anda sain di tempat yang betul dan di semua tempat yang memerlukan sain anda.

7th Stop

Hantar segala borang dan dokumen sokongan kepada pejabat agama. Proses ini, disebabkan saya mohon pertolongan ayah, jadi tak dapat nak ulas panjang-panjang. Tup-tup dah siap dan lengkap. TQ ayah!

Jadi saya tidaklah tahu menahu kena dengar penjelasan ke, jumpa tok kadi ke... Tapi seingat saya, ayah ada bayar sejumlah yuran kepada pejabat agama.

So, moral of the story, sila bawa duit semasa penyerahan borang permohonan anda.

8th Stop

Gears up for the big day!!!!


Selamat mencuba.



Cik Atun: Tepat, ringkas dan padat.

12 comments:

  1. Salam, untuk surat akuan bujang, lelaki je yg kne, or both..n step2 diatas ni perlu diprepare oleh lelaki or perempuan, sebab nya, saye org ipoh, n tunang org johor., n nak nikah of coz la kt ipoh kn..so cmne ye?..

    ReplyDelete
  2. surat akuan bujang lelaki kena buat, perempuan pun kena.. Atun dulu kariah yang buat, insetad of majikan. En. Q minta dr majikan, try tanya HR utk maklumat lanjut.

    Proses ni, lelaki and perempuan la kena buat. But the forms should be processed by the groom first, then the bride. Minta the groom tanya pejabat agama dekat rumah dia, tanya macam mana prosedur nikah luar mukim. Diorang akan nasihatkan. Rasanya kena isi lagi satu borang je.

    Yang lain2, sama je macam Atun tulis kat sini. Just jangan wat last minute la... sbb takut ade masalah plak nikah luar mukim ni kan...

    Papepun, baik pegi rujuk dengan pejabat agama untuk prosedur yang betul.

    ReplyDelete
  3. salam,nak tanya..lepas hantar borang permohonan kebenaran kahwin tu ada apa2 surat yang dikeluarkan untuk pengantin perempuan ke??saya da antar borang ke pejabat agama tapi macam pelik sebab sijil asal kursus kahwin tak dikembalikan,semuanye diambil pejabat agama..

    ReplyDelete
  4. errrr... saya tak berapa pasti lah Shiela sbbnya ayah saya yang uruskan pasal pejabat agama ni. Setahu nsaya, lepas dia anta, pejabat agama memang ambil semua dokumen and tak serah apa-apa kat kita pun.

    rasanya dia akan bagi pada kadi/jurunikah yang akan hadir masa majlis nikah. lepas nikah, baru die bagi balik sijil kursus yang asal.

    rumah saya di daerah kecil di Perak, so semua orang dah kenal antara sau sama lain. Orang kt pejabat agama tu kenalan ayah... so senang ayah saya roger-roger tanya apa progress or siapa jurunikah.

    so, kesimpulannya, elok pegi tanya pejabat agama apa langkah seterusnya. Just in case, takut tertinggal apa-apa...

    ReplyDelete
  5. salam,nak tnya brapa lama ye tempoh yg nak diambil untuk siapkan prosedur ni semua. or brapa bulan sebelum kawin benda2 ni perlu di settle kan?

    tq

    ReplyDelete
  6. salam...
    saya ni janda,bakal suami bujang...
    tp saya punya sijil kursus kwin tok kadi dulu amek n xpulangkan semula.saya kna g kursus balik kew??

    ReplyDelete
  7. anynomous...saya tak pastila pasal ni.tp cuba pegi tanya balik la pejabat agama,dan terangkan masalah awak. Hope that will help.

    ReplyDelete
  8. siti...seelok2 nya buatla 3 bulan sblm tarikh nikah.just in case terlalu byk permohonan pej agama nk proses kan...

    ReplyDelete
  9. salam,
    saya ada nampak sijil nikah akan siap dalam masa 30 hari.

    memang siap dalam 30 hari atau jika kita nak cepat, boleh dipendekkan lagi tempoh masanya? di perak pun ada kad nikah juga ke?

    ReplyDelete
  10. sijil nikah memang akan keluar dlm sebulan...tp seingat saya,kad nikah (yg nampak canggih siap dgn cip segala) dapat dalam masa seminggu selepas tarikh nikah.kena pergi collect in person di pejabat agama...

    ReplyDelete
  11. Salam Atun,

    nice sharing...

    kalau dua-dua oghang peghok..just ikut prosedur yg Atun tulis ni la ye?

    ReplyDelete
  12. salam kembali...

    ya, insyaallah hanya ini sahaja stepnya...

    tapi tak tahu pula saya kalau prosedur ada yang ditambah or dikurangkan sebab saya kahwin hujung tahun 2010.

    untuk kepastian, cuba dapatkan input daripada pejabat agama juga ya.

    selamat menempuh hari bahagia!

    ReplyDelete

Do jot down your opinion! ^^

Feel free to use any information or images you found in this blog but do credit properly! Thank you. Powered by Blogger.