Home Sweet Home: Pemilihan Ubin Lantai dan Dinding

11:09:00 AM

Satu lagi drama tidak berskrip telah dilakonkan.

Hari Sabtu itu, En. Q perlu berada di tempat kerja kerana ada majlis rasmi yang perlu dihadiri. Tukang tiles telefon, minta untuk berjumpa supaya kami dapat memilih ubin lantai dan dinding yang hendak dipasang di rumah. Janjinya jam 4.30 petang di kedai ubin.

Majlis dihadiri suami habis lambat, jam 3.45 petang baru beliau sampai di rumah. Kalut-kalut dia mandi dan solat, seterusnya membawa saya ke kedai yang dimaksudkan. Si kecil ditinggalkan bersama ibu mertua kerana tidak tahu keadaan kedai itu bagaimana, kilang atau kedai biasa.

Sesampainya di sana, tukang tiles tunjukkan kedai yang sudah ditutup! Terkedu saya seketika. Sudahlah jauh dari rumah yang kami duduki sekarang, ditambah pula keadaan panas dan kekalutan suami tadi, geram juga saya dibuatnya.

En. Q tanya, kenapa dah tutup, janji pukul 4.30 petang.

Tukang tiles jawab, 'Dulu dia kata dia tutup pukul 5.30 maaa...'

DULU?

Haih.....................

Sudahnya kami ke kedai itu beberapa hari selepas temu janji tak jadi itu. Ubin di kedai itu biasa-biasa saja, hendak kata banyak pilihan, tidak juga. Tetapi walau tidak banyak pilihan, pening juga kepala memikirkan warna ubin lantai yang sesuai untuk rumah kami.

Semasa perbincangan dengan kontraktor dulu, kami telah meminta untuk dipasangkan ubin bersaiz 2 x 2 kaki di ruang tamu, ruang makan dan koridor pendek, manakala di bilik tidur pula 16 x 16 inci dan di dapur serta bilik mandi, ubin yang digunakan ialah 1 x 1 kaki.

Kami ditunjukkan ubin yang boleh dipilih berdasarkan harga yang telah ditetapkan oleh kontraktor. Sekali sekala jurujual kedai itu seperti mahu meyakinkan kami untuk memilih ubin yang lebih cantik dan mahal. Tetapi saya dan suami Cuma mengangguk sahaja, tidak mengendahkan sangat cadangan beliau kerana kami tahu, jika dipilih yang lebih mahal, makanya bertambahlah duit yang perlu dibayar. Bukan kedekut, tapi tidak mahu membazir. Ubin yang diberi green light untuk dipilih oleh kontraktor tanpa sebarang bayaran tambahan tidak kurang juga cantik dan kualitinya.

Rata-rata ubin yang kami pilih bewarna tanah dan agak terang seperti warna krim. Hendak memilih yang lebih gelap, takut pula rumah kami akan nampak kecil.

Untuk ubin dinding bilik air pula, kami memilih ubin dengan 2 tona berbeza kerana kami telah meminta kontraktor untuk memasang ubin dinding hingga ke siling. Sekejap sahaja pemilihan berlangsung kerana kami sekadar memilih mengikut contoh yang telah disediakan oleh kedai tersebut. Warnanya menarik di mata kami. Tidak perlu bersusah payah memeningkan kepala untuk matching warna.

Bagi ubin dinding dapur pula, kami beli di sebuah kedai di pekan Menglembu. Kami beli sendiri dan upah tukang ubin lain yang pasang instead of Kontraktor Y kerana item ini kami tidak masukkan dalam quotation.

Ternyata kedai ini terdapat lebih banyak pilihan, harganya juga rata-rata lebih murah daripada kedai yang kami pergi sebelumnya. Terkumat kamit En. Q membebel. Saya Cuma menggelengkan kepala. Malas memanjangkan cerita.

Setelah berpusing-pusing dua tiga kali dalam show room kedai tersebut, kami akhirnya memilih ubin bewarna putih dengan corak jalur ‘barely-there’. Saya berkenan dengan design ubin itu walaupun pada mulanya suami seperti berkenan pada design ubin yang lain. Puas saya berceramah, dia seperti masih mahu mengambil design corak bunga itu. Akhirnya saya katakan, ‘takmau, buruk.’ Suami pun akur... hahaha. Besar juga impak perkataan buruk itu. – ha!

Selesai memilih ubin dinding, kami beralih kepada glass mosaic pula. Yang ini sepenuhnya idea saya, En. Q mahu tak mahu mengikut saja. Hehe. Cadangnya glass mosaic ini akan dipasang pada bahagian di mana hob dan hood akan dipasang. Lebih kurang beginilah rupa glass mosaic ini apabila siap dipasang nanti.


Sumber: Bing Images
Bezanya yang kami pilih, mozeknya berbentuk cuboid, bukan cube seperti dalam gambar. Sneak peak sikit…





Cik Atun: Tak sabar nak tengok macam mana rupanya bila dah pasang nanti.

You Might Also Like

5 opinions shared

  1. umah dah siap ker.mesti cantik kan

    ReplyDelete
  2. dah siap jgn luap upload picture.mesti cantik

    ReplyDelete
  3. Cantik jugalah di mata saya, hehe. Insyaallah akan kongsi kan bila ada masa.

    ReplyDelete
  4. hai, atun :)

    apa hasilnya mozek kat dapur u?

    btw thanks to u, dengan gambar contoh u ni i dapat pujuk my husband untuk pasang mozek kat dapur (masih dalam fasa memujuk lagi). Previously he wanted to install an aluminium plate @ the hob area. *geleng kepala*

    haha.

    ReplyDelete
  5. Hasilnya dari jauh cantik,dari dekat.hai...kontraktor tak pandai pasang, banyak ubin pecah tapi dipasangnya juga.sakit hati dibuatnya.

    Sebenarnya kisah dapur ni memang menyakitkan hati,mula daripada ubin dinding ni sampailah kabinet. Itu sebab saya malas sangat nak buat post pasal ni.huhu.

    Nanti dah sampai mood,Insyaallah saya kongsi.

    ReplyDelete

Do jot down your opinion! ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

moments to remember

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Angel and Memorial tickers

Like me on Facebook

Followers