Home Sweet Home: Bumbung dan Plaster Ceiling

June 03, 2012
Beberapa minggu selepas tanah dibersihkan, rumah kami dah 'naik bata'. Sekejap saja sub-kontraktor kepada kontraktor yang kami upah tu buat kerja, walaupun rata-rata pekerjanya nampak macam sebaya ayah saya atau lebih tua. Kalau kena gayanya, lagi 2 minggu dah boleh pasang tetulang bumbung dan genting, kata En. Q.

Pemilihan warna atap genting pula berlaku lebih awal. Kami diminta datang ke pejabat kontraktor Y untuk memilih warna. Rata-rata warna yang ditunjukkan adalah warna biasa, dan kami diberitahu jika kami mahukan warna yang special seperti warna biru atau hijau, genting tersebut perlu ditempah khas dan ongkos juga harus ditambah.

Lantas saya katakan pada suami, 'pilih yang mana ada kat sini sudah!' Senyum dia mendengarnya. Antara pilihan yang kami ada seperti dalam gambar di bawah.




Sejujurnya saya agak berkenan dengan genting yang ada dua warna, terutama merah dan hitam. Tapi suami kurang berminat pula, fesyen lama katanya. Terus mati hajat saya. Haha.

Kerani yang melayan kami mencadangkan warna kelabu, fesyen baru, ramai orang pilih, katanya lagi. Saya mengiakan saja kerana memang kebanyakan rumah teres yang kami survey dahulu, gentingnya pasti berwarna kelabu.

Namun atas sebab yang sama kami tidak memilih warna tersebut, sebaliknya warna coklat yang jadi pilihan (sebenarnya saya yang pilih sebab En. Q dah rambang mata nak pilih mana satu. Heee...).

Tetulang bumbung pula siap dipasang dalam awal bulan Mac, semasa saya masih berada di kampung kerana belum habis berpantang. Bila En. Q mms gambar progress rumah kami, saya akan dengan excitednya tunjuk kepada mak 'Rumah kakak nak dekat siap,' kata saya selalunya.

Tapi boleh pula saya tak perasan ada yang tak kena pada bumbung kami. Nak dijadikan cerita, hubby pun tak perasan sehinggalah kepala sub-kontraktor tu komen, 'rumah u ni simple saja, atap lurus saja dari depan sampai belakang.'

Bila dengar komen tu, hubby macam 'ehh, something wrong ni' dan rujuk semula pada plan rumah. Masa tu saya dah balik dari kampung, saya pun join sekaki tengok. Sahlah, kontraktor tu salah! Sepatutnya pada bahagian sliding door dekat dining hall, bumbung tu sepatutnya ada struktur gajah menyusur. Tapi diorang boleh buat straight saja, memang patutlah nampak simple. Apa lagi, hubby pun call main kontraktor dan complain. Seminggu lepas tu bumbung dibetulkan dan genting pun siap dipasang sepenuhnya.

Kemudian kerja-kerja melepa bermula. Cepat betul mereka bekerja, tau-tau dah hampir siap keseluruhannya. Melihatkan kualiti lepaan (plaster), kami memang berpuas hati sebab lepaan memang kemas dan rata.

Dalam waktu yang sama, kami dihubungi oleh sub-kontraktor yang buat plaster ceiling. Beliau minta kami pilih design bunga dan cornice untuk digunakan di ruang tamu, dining dan porch. Awal-awal lagi saya dan hubby berniat nak pasang siling yang nampak moden sikit di ruang tamu dan dining, jadi sudahnya bunga dan cornice yang sepatutnya dipasang di dua ruangan itu kami pindahkan ke master bedroom dan dapur.

Tak lama lepas tu, kerja memasang siling pun bermula. Memang sepantas kilat mereka buat kerja. Baru En. Q nak pantau, mereka dah buat finishing touch. Tengok-tengok bunga dan cornice yang dipasang bukanlah yang kami pilih sebelumnya. Saya pilih corak bunga ros tapi yang dipasang corak wave pula, macam dalam gambar di bawah.




Rasa kelakar pun ada, geram pun ada, sakit hati pun ada. Nasib baik cornice itu dipasang dengan elok dan kemas, maka kami relakan saja perubahan yang tak semena-mena itu. Kalau tidak sudah lama kami minta cornice tersebut dipasang semula, menggunakan design yang kami telah pilih dulu.

Namun bila dilihat siling dapur saya yang begitu cantik dengan cornice, bahagia pula rasanya tiba-tiba. Haha. Hendak marah pun tak jadi. Melihatkan ruang tamu dan dining hall pula, kami rasa teruja walaupun sedikit ralat dengan placement lampu down light yang dibuat oleh tukang siling itu. Tapi apakan daya, katanya tak muat hendak letakkan lampu kalau gunakan placement yang kami kehendaki itu. Redha sajalah nampak gayanya.

Begini rupa siling kami di ruang tamu dan dining hall yang sudah siap dipasang. Cantik tak? Bolehlah kan...






Cik Atun: Banyak betul lampu down light yang nak kena beli. Huhu. Kalau tak kena gaya, boleh bankrup ni!

2 comments:

  1. Salam,

    Boleh tak beri number contact Kontraktor kerana kami dalam proses mencari kontraktor....

    TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. tolong berikan email address nanti saya emailkan nombor kontraktor tu. tapi mohon masa sikit lah sebab nak kena cari balik name card dia,dah campak ke mana entah. haha.

      Delete

Do jot down your opinion! ^^

Feel free to use any information or images you found in this blog but do credit properly! Thank you. Powered by Blogger.