Travelog #1: Melaka

June 26, 2012
Kali terakhir kaki saya menjejak bumi Melaka adalah pada bulan Mac 1998. Waktu itu, saya berjanji dengan diri sendiri saya akan kembali.

Tahun demi tahun berlalu, janji tinggal janji. Hati teringin ke sana tapi apakan daya, jodoh tiada. Hehe.

Baru-baru ini, Allah berikan kesempatan untuk menjengah bumi Melaka sekali lagi, waima atas urusan kerja. Walaupun agak berat hati meninggalkan anak kesayangan bersama emak, saya bertolak ke Melaka dengan perasaan teruja.

15 tahun dulu, Melaka tidak seperti yang saya lihat kini. Kawasan yang dulu hutan kini bangunan tinggi. Stesen bas uzur telah diganti dengan yang baharu. Sungai Melaka yang dulu sepi kini ceria dengan pengunjung. Malah sudah ada river cruise dari pusat bandaraya ke Banda Hilir!

River Cruise di Sungai Melaka

Jadual yang padat tidak memberikan saya dan suami ruang untuk meronda Bandar Melaka. Ditambah pula dengan kehadiran Perdana Menteri pada 23 Jun untuk kembara Janji Ditepati, kami tersekat di hotel menghadiri persidangan dengan hati berbelah bahagi. Hehe.

Perasmian oleh Pengarah Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan

Masa berlalu, tiba waktu untuk meninggalkan tempat ini sekali lagi. Hati berkira-kira, bila anak gadis kami lebih berusia, nantikan kedatangan kami, bumi Melaka!

Selamat tinggal Melaka!



Cik Atun: Semoga dimurahkan rezeki untuk ke sana lagi!

No comments:

Do jot down your opinion! ^^

Feel free to use any information or images you found in this blog but do credit properly! Thank you. Powered by Blogger.