Implanon: 36 Days Review

7:51:00 AM

Sebelum ni saya ada khabarkan mengenai pemakaian implanon dalam post ini. Jadinya hari ini nak bercerita sikit 'after effect' setelah 36 hari Implanon berada dalam lengan kiri saya (ngeri pulak rasa).

Apart from mild fever I experienced a day after insertion, nothing actually changed since then. Kecuali memang terasa macam ada benda bawah kulit la kan.

Lama-lama dah tak rasa sangat, kalau picit-picit kat tempat Implanon tu pasang baru ada rasa. Mungkin Implanon tu dah diselaputi sel-sel yang mengekalkan ia di tempat dimana ia dimasukkan. Oh ya, sesiapa yang ingat Implanon tu boleh bergerak naik turun ke ketiak atau siku, tanggapan anda salah! Kalau betul boleh jadi macam tu, saya tak pakai la Implanon ni!

Dari segi luka kat tempat Implanon tu dimasukkan, kesannya masih ada di lengan saya. Maybe disebabkan badan saya sendiri, luka apa-apa pun memang senang sangat tinggal kesan.

Dari segi perubahan hormon pula, saya tidak menghadapi masalah berkenaan kemeruduman susu. Supply susu saya masih sama sebelum dan selepas pemakaian Implanon.

Walaubagaimanapun, 16 hari selepas insertion, my menstruation cycle starts again! Memang sangat tidak dijangka dan sangat tidak selesa. Al-maklum, terasa dah 10 bulan tak datang period (darah nifas tu lain sensation-nya... entah macam mana nak explain), tiba-tiba dia datang. Reaksi saya sama macam 1st time I experienced menstruation masa darjah 6, 'eeeeeeeeeeeeee....'

Juga, review di internet yang saya pernah baca dulu mengatakan darah period akan lebih banyak dan tempoh period akan jadi lebih panjang lepas pakai Implanon ni.Tapi berdasarkan pengalaman saya, darah yang keluar sebenarnya kurang sedikit berbanding normal. Kalau dulu, on the 1st day, darah meeeeemang banyaaaaak, tapi sekarang dah tak banyak sangat. Tempoh period kali ni pulak, 13 hari, which is, very normal for me. Tempoh period saya memang selalunya panjang, dalam 10-15 hari sebelum mengandung dulu. Jadi tidak ada masalah berkenaan ini.

Selera makan juga masih sama, seperti masa saya berpantang dulu. Makan sepinggan gedabak sampai En. Q pun terkejut kenapa saya boleh makan dengan volume yang sebegitu. Mungkin kerana breastfeeding, perut asyik berkeroncong, lambat sikit makan jadi irama rock pulak.

Lepas pakai Implanon, selera tidak naik dan tidak kurang. Jadi, secara logiknya, jika saya tak makan lebih banyak, maka berat badan saya kekal di takuk yang sama selepas melahirkan. Tak pernah naik dan tidak pernah turun (pasal berat badan tak turun ni memang kiciwa).

Berkenaan pakai Implanon akan selalu sakit kepala pula, rasanya bagi kes saya, penyebabnya bukanlah Implanon. Saya memang jenis yang senang sakit kepala kalau kurang tidur. Tapi bila dah ada anak kecil, adatlah kalau tak cukup tidur kan? Jadi kepala saya memang selalu berdenyut-denyut sehinggalah baru-baru ni, anak dara saya tu kurang bangun malam nak susu. Mak dia pun bolehlah tidur dengan begitu lena....

Kesimpulannya, Implanon memang sesuai dengan badan saya. Untuk orang lain, saya tak pasti. Sebelum ini doktor saya ada katakan, side effect Implanon ni bergantung kepada sistem badan si pemakai masing-masing. Beliau juga ada beritahu bahawa jika si pemakai menghadapi masalah berat badan berlebihan (BMI > 24), kemungkinan besar akan terjadi pendarahan yang banyak sewaktu menstruasi. Tapi setakat itu sahajalah yang diberitahu. Berkenaan berat badan bertambah dan sakit kepala, beliau tak kata apa-apa tentang itu. Saya pun taklah bertanya.

Setakat ini sahaja buat kali ini. Semoga post ini sedikit sebanyak membantu ibu-ibu yang perlu merancang untuk memilih kaedah kontraseptif yang sesuai.



Cik Atun: Kaedah ini paling mahal jika dibandingkan dengan kaedah yang lain, tapi saya suka sebab hassle free, bila-bila masa boleh buka dan InsyaAllah lepas buka kebarangkalian untuk mengandung itu tinggi, sama seperti tak pernah guna apa-apa kaedah merancang (kata Doktor, bukan kata saya).

You Might Also Like

9 opinions shared

  1. awak.. just nak tanye ek... the period sysle yg lame tu akan jadi tiap2 bulan for 3 years ke..

    sy pakai implanon 3 minggu lepas, and
    lepas tu period dtg, tk seheavy macam normal period .. tapi bukan lah spotting.. itu ke yg u facing mase pakai implanon ni..

    i tkot implanon i tk berkesan aje.. hehehe

    ReplyDelete
  2. Tak pastila period lama akan jadi tiap2 bulan selama kita pakai or tak. Huhu. Saya memang dah biasa period lama so tak kisah sangat pun.

    Ye, saya pun period tak se heavy dulu. Syukur jugak sebab kalau dulu memang tension je kena kerap tukar pad.

    Insyaallah berkesan Implanon tu, kalau was-was cuba jumpa balik dengan doktor yang memasang your Implanon, check kedudukan dia ok ke tak.

    ReplyDelete
  3. hi..nak menyampuk boleh ye tuan rumah..implanon hanya utk wanita sahaja je? kalau suami boleh tak dia yang pakai...

    ReplyDelete
  4. haha. Implanon hanya untuk wanita saja ye.

    setakat ni masih belum pernah saya dengar lelaki (suami) pakai alat kontraseptif yang bersifat separa kekal (contoh separa kekal Implanon, IUCD).

    yang sementara macam kondom tu adalah.

    ataupun buat vasectomy. tapi itu dah di takat extreme dah tu sebab it meant to be permanent. -_-;;

    ReplyDelete
  5. Salam...bulan 9 ni genap 2thn pakai impalanon..
    So far pakai tak de masalah..weight gain ok,susu badan ok cuma tak datang period sejak pakai implanon smpai bulan 5 aritu...pas dah start dtg...dia dtg tak lama dlm 3-5hari n sikit2 je...tapi dalam ms 8-10 hari pastu datang balik..huhu...ni b4 raye igt nak pi buang implanon coz rs xselesa sbb period lame sgt.. :) so far ikut atas hormon badan kite la...

    ReplyDelete
  6. baru sebulan pakai.. now tgh period but pening la period ni.. pagi period, petang nanti bersih cam xde pape. mlm kang period, pagi tu ok la plak. period plak like mcm calit2 je kuarnye.. asyik mandi wajib je la jawabnya

    ReplyDelete
  7. Mummy
    Agaknya pakai Implanon ni memang macam tu kot. Sebab sekarang ni saya punya period pun mcm tu jugak.huhu.

    Mungkin betul kata komen di atas, ikut hormon masing-masing.

    ReplyDelete
  8. Sy...dh 5 buln pkai...alhamdulillah ok...period sekali je after 2 weeks pasang implanon...

    ReplyDelete
  9. Bibi

    Alhamdulillah...tak ada side effect yg negatif tu oklah kan. Maknanya Implanon sesuai utk badan awak.

    ReplyDelete

Do jot down your opinion! ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

moments to remember

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Angel and Memorial tickers

Like me on Facebook

Followers