Home Sweet Home: Lampu Down Light

June 29, 2012
Pencarian lampu downlight untuk rumah kami bermula tak lama selepas tukang cat menyempurnakan tugas mengecat. Ke sana ke mari kami mencari kedai yang menjual lampu tersebut dengan harga murah.

Pada mulanya kami merancang hanya ruang tamu dan dining hall sahaja akan dipasang lampu downlight, selebihnya lampu hiasan atau lampu kalimantang biasa. Alasannya untuk jimat duit nak beli lampu dan juga jimat duit elektrik sebab lampu downlight ni memang banyak pakai elektrik. Tapi entah macam mana miscommunication antara kami dengan kontraktor Y menyebabkan tukang yang buat siling plaster tebuk lubang lampu di seluruh rumah termasuk di porch.

Mahu tak mahu terima lagi perubahan itu dengan redha. Pasrah bila tahu agak banyak lampu yang perlu dibeli. Haha. Tapi Alhamdulillah, survey di kedai lampu berdekatan menemukan kami dengan satu kedai yang menawarkan harga yang agak murah berbanding kedai lain. Brand lampu yang digunakan juga adalah Phillips jadi terus sahaja kami putuskan untuk beli di kedai tersebut. Alang-alang di kedai lampu, kami beli juga lampu hiasan untuk diletakkan di pagar dan tiang porch.

Barisan lampu downlight yang boleh dipilih. Rambang mata!

Kalau melihatkan lampu di kedai itu,memang banyak yang menarik hati. Terutama lampu hiasan. Tapi apakan daya, point untuk lampu sebegini tidak dibuat. Huhu. Mungkin ada hikmah di sebaliknya. Wallahualam.

Semasa kontraktor datang memasang lampu yang kami beli, kebetulan saya juga bercuti. Jadi saya gantikan En. Q sebagai mandur pagi itu. Hehe~. Memang teruja melihat satu demi satu lampu dipasang. Terutama sekali lampu outdoor yang kami pilih. Pada mulanya kami berkenan dengan design yang lain tetapi menurut tuan punya kedai, lampu tersebut sudah kehabisan stok dan jika kami mahu design itu juga, kami perlu tunggu seminggu untuk order yang baru. Sudahnya kami ambil sahaja design yang lain kerana malas menunggu, dengan harapan ianya akan jadi cantik selepas dipasang.

Alhamdulillah, selepas dipasang, saya memang berpuas hati. Tak kisahlah nampak kecil di mata orang lain, asalkan saya rasa lampu-lampu tersebut sesuai dan cantik di mata saya.

Lampu outdoor. Saya suka!



Cik Atun: Elektrik dah masuk, tunggu air pula. Yeay~

No comments:

Do jot down your opinion! ^^

Feel free to use any information or images you found in this blog but do credit properly! Thank you. Powered by Blogger.