Tested and Recommended: Lancome Maqui Miracle

Zaman anak dara dahulu saya menempuhi fasa 'make-up-tebal-smoky-eye-plus-eyeliner-cleopatra'. Kemudian kegilaan itu beransur-ansur mati, kini saya jarang sekali bersolek. Setiap pagi sekadar memakai moisturiser, tempek menempek bedak compact, oleskan vaseline di bibir and off I go.

Sehinggalah saya diperkenalkan dengan liquid foundation keluaran Lancome, Maqui Miracle (juga dikenali sebagai Maqui Blanc Miracle).


Saya ke kaunter Lancome di Jusco Kinta City ketika itu dan diberikan sampel produk untuk dicuba. Terus terang saya katakan saya memang tak berapa nak pandai memakai liquid foundation, tapi tekstur foundation ini begitu halus dan ringan menyebabkan terasa senang nak pakai. Sikit sahaja sudah memadai supaya nampak dewy effect gitu.

Dan hasilnya memang best. Muka tak nampak macam make up tebal (seperti yang anda nampak kalau terlebih pakai BB cream), tona kulit nampak lebih sekata, dan yang paling penting, nampak berseri. Ia juga melembapkan kulit muka dengan SPF 26/PA++ dan tahan sehingga 7 jam lamanya. Untuk sesiapa yang kulit mukanya mengalami masalah kekeringan macam saya, Maqui Miracle adalah satu pilihan bijak!

Yang tak berapa nak best cumalah harga liquid foundation ini. Bagi yang kedekut macam saya, RM130 untuk 30ml dikira agak mahal untuk barangan kosmetik semata. Tapi disebabkan oleh performance yang bagus, rasanya boleh tutup sebelah mata mengenai harga, betul tak? Kalau nak tutup dua-dua mata pun boleh, tak ada masalah, tapi haruslah encik suami yang belanja. Haha.

Hearts: ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♡ ♡ ♡


Cik Atun: Secara jujurnya saya tak pakai foundation ni ke pejabat. Sayang sebab mahal. Boleh tak? Haha. Nampak sangat kedekut.

No comments:

Do jot down your opinion! ^^

Feel free to use any information or images you found in this blog but do credit properly! Thank you. Powered by Blogger.