IKEA Invasion

Akhirnya setelah lama mengidam untuk menjengah Ikea buat kali kedua, kami suami isteri sepakat untuk singgah alang-alang sudah dalam perjalanan balik dari Melaka ke Ipoh. Teruja itu pasti, cuma badan terasa sedikit letih sebab sudah lama tak berjalan jauh.

Terima kasih pada encik GPS, kami tidak sesat walaupun terpaksa juga pusing dua kali akibat terlepas pintu masuk parking. Hehe. Melihatkan begitu banyak kereta, hati berdetik 'senang ke nak dapat parking ni?'

Kali pertama kami ke Ikea adalah hari dan waktu bekerja. Memang nyaman sungguh waktu itu, seakan gedung itu kepunyaan kami semata. Tapi kali ini lain ceritanya. Orang berduyun-duyun, kanak-kanak berlari-lari, bayi menangis, suami isteri berbalah hendakkan item berlainan. Pening kepala saya menyaksikannya. Dalam pada itu saya sempat juga melihat kiri dan kanan, mana tahu terserempak dengan Pn Xora atau Pn Reen di mana-mana. Haha.

Perjalanan dari satu bahagian ke satu bahagian memang mencabar. Sudahlah penuh dengan orang, bersesak-sesak itu sudah pasti. Namun sempat juga saya snap beberapa keping gambar untuk dijadikan contoh susun atur perabot di rumah kami nanti.

Kabinet dapur yang mengujakan!

Deretan cermin. Abaikan refleksi suami isteri yang menangkap gambar itu.


Pengganti coffee table?

Kalau ikutkan hati, banyak juga barangan yang ingin saya borong. En. Q juga menggalakkan. 'Belilah, nanti entah bila pulak nak datang Ikea lagi,' katanya petang itu tapi saya lebih tahu bahawa kami tak boleh berbelanja lebih daripada kemampuan. Jadi barangan yang saya ambil kebanyakannya murah-murah belaka. Dan yang saya fikir benar-benar perlu. Tapi ada juga barangan yang sudah ada budget untuk dibeli tidak boleh diangkut kerana kekangan pengangkutan. Seperti cermin ini!



Oh cermin!


Tak apalah, mungkin tidak ada rezeki cermin itu menghiasi dinding rumah kami. Barangan lain yang kami beli semuanya bersaiz kecil. Jadilah, daripada datang jauh dari Ipoh tak beli apa. Hasil rembatan saya petang itu,

Gambar gelap. Maaf!

Nanti saya akan ceritakan di mana item-item yang saya beli ini diletakkan di rumah baru kami. Walau tidak banyak, cukuplah dulu buat masa sekarang. Mana tahu, ada rezeki akan kami invade Ikea sekali lagi.



Cik Atun: Orang jauh lah katakan. Pergi Ikea pun dah teruja sangat.

No comments:

Do jot down your opinion! ^^

Feel free to use any information or images you found in this blog but do credit properly! Thank you. Powered by Blogger.