Muka Budak

9:56:00 AM

Kes 1: Jakel Greentown

Saleswoman: Nak beli langsir untuk siapa?

Saya: Untuk rumah kami lah kak.

Saleswoman: Oh, suami isteri ke?

(Angguk sambil senyum)

Saleswoman: Mudanya dah kawin..

Saya: Saya dah 27 tahun ni kak. Mana ada muda.

Saleswoman: Yeke.... Akak tengok macam baru masuk 20 tahun je.



Kes 2: Meeting Room

Timbalan: Let's ask our engineer over there. Aiyo.. so muda ah. You look like Form 5 student lo.



Kes 3: Our Kitchen

Tukang: Itu Haikal mana ah?

Saya: Dia kerja la. Saya ganti dia tengok you buat kerja.

Tukang: Haha. Ok ok. You adik dia ka?

Saya: Eiii. I isteri dia lah!

Tukang: Oh, ya ka! Banyak muda wo..



Kes 4: The Store Jalan Kampar

Photographer: Makcik, mari ambil gambar baby untuk pertandingan. Murah saja, 15 ringgit dapat 3 gambar...

Mak: Tanya mak dia la, makcik ikut je.

Photographer: Eh, you mak dia?

Saya: Yelah.. Ini my baby, yang ini mak I.

Photographer: Ooh, banyak muda ma!


Tak tahu nak rasa flattered atau insulted. Adakah saya memang nampak muda? Nampak tak matured?

Atau selekeh sangat sampai tak nampak macam orang dewasa?



Cik Atun: Sabo jelah.

You Might Also Like

0 opinions shared

Do jot down your opinion! ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

moments to remember

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Angel and Memorial tickers

Like me on Facebook

Followers