Bread Pudding / Puding Roti

July 27, 2012
This is the first time ever I'm going to try and do a bi-language entry. Is it worth the hassle? We'll see.

Okay. On 4th Ramadan, my husband and I was running late that we resorted to buy food from a bazaar nearby because I think it will be impossible for me to prepare food for 4 in such a short span of time (mind you, I am a very slow cook!). But after reaching home I felt a bit guilty so I asked my husband to drop by Aeon Station 18 and buy me few things so that I could whip up a quick desert.

He bought everything I asked him, but a size smaller than I thought. Haha. My fault because I didn’t really specify how many ml of whipping cream I needed. Anyway, that prompted me to modify Kak Nani’s (she’s my mom’s age, but to call her auntie is such a crime! She looked so young!) recipe which I got from her blog, Model 80-an (TQ Kak Nani)!

So here is my first ever bread pudding. I had never ever baked desert (not even a cake) during my 27 years of lifetime so this is considered an achievement. Now, the ingredients:

  • 5 slices of bread - I used gardenia’s white loaf since I had a lot and the expiry date is nearing. :D
  • 1 cup of whipping cream – Hubs bought Arla’s 225 ml Whipping Cream so I just tossed all of them inside
  • 1 cup of full cream milk – Dutch Lady is great
  • ½ cup of sugar
  • 3 eggs
  • ½ tbs of vanilla essence
  • Butter - to grease Pyrex

How I do it:

First I tossed the 3 eggs and sugar into a mixing bowl and whisk them. Combine the mixture with whipping cream, milk, and vanilla essence. Whisk well to combine. Set aside.

Take a casserole dish and grease well with butter. Tear the breads into medium size pieces and lined them up in the dish.

Pour the batter into the dish and let them sit for at least 30 minutes so that the bread soaked up the batter nicely. In the meantime, heat the oven for 10 minutes at 160 degree C.

Make sure the oven is hot when you put the dish inside. Bake for 30 minutes at 160 degree C.

Simple isn’t it? You can always add sultanas on top before baking it, but since Hubs bought an expired box from Aeon (we will go get a refund!), he put slices of dates as substitute. Ha!

While waiting for the pudding to cook, let’s prepare the super simple sauce for the pudding. The ingredients:
  • Full cream milk – can’t specify how much I used since I poured everything from the box, the leftover from lasagne I cooked few weeks back minus 1 cup I had used to prepare the pudding. So in short, not that much.
  • Sugar – as sweet as you like
  • 1 spoonful of flour – we used normal wheat flour because we don’t have corn flour. I would say corn flour would do a better job.
  • 1 tbs of vanilla essence
Simmer the milk till it boils. Add sugar and flour until it thickens. Add vanilla essence and you are done. If you like it cold, chill the sauce for a while before serving.

The outcome:
Yummmyyyy!!!

Not looking that glamorous but the taste was not that bad. I think we undercooked the pudding but Hubs love it, so yeay!
-----------------------------

4 Ramadan yang lalu, saya dan suami pulang lewat dari pejabat dan kami bersepakat untuk membeli sahaja juadah berbuka dari bazaar Ramadan terdekat kerana memang sudah tidak sempat nak memasak bagai. Terutama sekali saya ni jenis yang bila memasak, ambil masa yang agak lama. Masih tidak cekap katakan.
Sudahnya hanya suami ke bazar, manakala saya dan anak yang sudah diambil dari pengasuh tinggal di rumah sahaja. Terasa agak bersalah juga kerana tidak memasak, tambahan pula bapa mertua dan adik ipar akan berbuka bersama jadi saya minta beliau singgah di Aeon Station 18 supaya saya dapat sediakan simple desert.

Segala yang saya pesan dibawa balik, tapi yang kelakarnya semasa dia menghulurkan kotak whipping cream kepada saya, alahai comelnye! Salah saya juga kerana tak bagitau saya mahukan saiz besar, tapi tak apalah, saya ubah saja resepi Kak Nani yang saya cilok dari blog beliau, Model 80-an mengikut kesesuaian.

Sudahnya inilah dia pudding roti yang julung-julung kali saya buat. Saya tidak pernah membuat kek atau cupcake atau apa-apa yang manis-manis menggunakan oven ni, makanya satu pencapaian jugaklah memasak pudding roti ni. Haha!

Cukuplah saya membebel, ini bahan-bahannya: 
  • 5 keping roti – saya guna roti Gardenia biasa, masih ada banyak dan tarikh luputnya dah dekat lagipun. :D
  • 1 cawan whipping cream – En. Q beli brand Arla, hanya ada 225 ml jadi saya guna semuanya
  • 1 cawan susu full cream – saya guna Dutch Lady
  • ½ cawan gula
  • 3 biji telur
  • ½ sudu teh esen vanila
  • Butter – untuk sapu pada dasar Pyrex
Cara membuatnya:

Masukkan 3 biji telur dan gula ke dalam mangkuk dan kacau. Kemudian tambah whipping cream, susu dan juga esen vanilla. Kacau hingga sebati dan letak di tepi dulu.

Sapukan butter pada dasar loyang. Carikkan roti kepada kepingan kecil ikut kesesuaian dan susun dalam loyang.

Tuang campuran susu tadi ke atas roti dan biarkan selama 30 minit supaya roti kembang dan menyerap campuran dengan elok. Sementara tu, panaskan oven selama 10 minit pada suhu 160 darjah C.

Pastikan oven panas masa masukkan loyang ke dalam. Bakar selama 30 minit pada 160 darjah C.

Senang bukan? Boleh taburkan kismis di atas jika berkenan tapi dek kerana kismis yang hubby beli dari Aeon dah tamat tempoh (tak perasan masa ambil, kata beliau. Nanti kami nak pergi tukar, tak kira!), kami letakkan carikan kurma sebagai ganti.

Sementara menunggu pudding siap, saya sediakan sos untuk dimakan bersama puding. Cara membuatnya ringkas dan paling penting, sedap! Bahan-bahannya:
  • Susu full cream – tak tahu banyak mana saya guna. Sebab dah pakai masa buat lasagne minggu lepas dan dah pakai lagi sikit masa buat puding. Saya tuang bagi habis je. Heee…
  • Gula – secukup rasa manis
  • 1 sudu tepung – kami guna tepung cap sauh tu je sebab tak ada tepung jagung. Kalau guna tepung jagung lagi elok rasanya, likat sikit.
  • 1 sudu the vanilla 

Panaskan susu full cream. Gula mengikut manis. Apabila mendidih masukkan bancuhan tepung jangung mengikut likat. Bubuh 1 sudu esen vanila. Kacau sehingga halus dan likat. Angkat. Sejukkan.

Hasilnya:
Pakai pinggan yang ada

Taklah nampak macam puding dari dapur hotel 5 bintang kan, tapi rasa dia oklah. Rasanya kami tutup oven cepat sangat kot… tapi yang penting suami suka. Yeay!



Cik Atun: OMG. So tiring! No more bi-language post. Hmph.

No comments:

Do jot down your opinion! ^^

Feel free to use any information or images you found in this blog but do credit properly! Thank you. Powered by Blogger.