Potong Barisan

July 10, 2012
Kenapa ada orang, walaupun sudah nampak dengan mata kepala sendiri bahawa ada barisan menunggu di kaunter untuk bayar makanan yang dah dimakan, sedap-sedap rasa je pergi ke sebelah yang lain dan dengan selambanya menghulur duit pada penjaga kaunter? Penjaga kaunter pun satu, dilayannya juga makcik itu.

Maka tak hairanlah kalau ada mulut jahat di belakang yang mengata, 'makcik ni pakai je tudung labuh tapi perangai entah apa-apa'.

Siapa yang perlu disalahkan? Si pengata atau makcik bertudung labuh?

Ketahuilah makcik, orang menganggap semua yang bertudung labuh, berbaju muslimah, akhlaknya baik-baik belaka. Bila terjadi perkara begini, orang terus memandang serong pada yang turut bertudung labuh, berbaju muslimah walhal mereka itu tidak pernah membuat kesalahan serupa. Kasihan mereka...



Cik Atun: Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

No comments:

Do jot down your opinion! ^^

Feel free to use any information or images you found in this blog but do credit properly! Thank you. Powered by Blogger.