A Trip Down Memory Lane: Miskin Street

July 05, 2012
Waktu makan tengah hari tadi saya berkesempatan seimbas lalu melihat gambar-gambar saya dan juga suami sewaktu kami masih lagi seorang pelajar di UK. Saya ketawa sendiri kerana lainnya wajah kami dahulu dengan sekarang. Dahulu saya lebih kurus (kurus sedikitlah.. haha), wajahpun lebih ceria. Kini? Tak usah cerita.

Kemudian saya terjumpa gambar ini, diambil di satu jalan yang tidaklah begitu istimewa. Tapi bagi kami pelajar dari Malaysia, nama jalan ini agak mencuit hati.

Miskin Street.

Miskin Street yang 'popular'
Rasanya belum pernah lagi saya tepekkan gambar full profile saya di sini, meskipun gambar anak dah berkeping-keping saya kongsikan. Saya pemalu orangnya. Hehe.Tapi kerana Miskin Street, layankan saja ya.

Untuk makluman saya tidak tinggal di Miskin Street. Saya juga tidak melalui jalan ini setiap hari. Cuma apabila ingin ke satu pasaraya groceries yang barangannya super murah, LidL namanya, atau jika ingin ke Tesco Express atau membeli makanan segera apabila malas memasak di Chicago Bulls, atau Light of Bengal.

Ah, manisnya memori... akan adakah rezeki untuk kami ke sana lagi?



Cik Atun: Rindu waktu itu...

No comments:

Do jot down your opinion! ^^

Feel free to use any information or images you found in this blog but do credit properly! Thank you. Powered by Blogger.