Cik Atun Masih Disini...

Sudah agak lama saya menghilang. Terasa rindu untuk menulis tetapi apakan daya. Teratak baru kami masih belum dilengkapi dengan kemudahan internet. Selalunya saya menulis semasa bersantai di rumah menerusi telefon mudah alih menggunakan wifi rumah mama. Haha.

Sejujurnya berpindah rumah memang penat. Ditambah pula dengan anak kecil yang masih menyusu badan, kadang-kadang tak sedar terlena sambil menidurkan dia. Saya bukan merungut, malah bahagia. Haha. Cuma sedikit kepenatan. Kepenatan yang dinanti saban hari dulu.

Saya masih lagi dalam proses menyesuaikan diri mendiami rumah sendiri bersama baby dan suami. Bukan mudah menguruskan rumah tangga, tambahan pula dulu saya selalu 'dimanjakan' oleh mama. Kini sedang berusaha untuk menjadi isteri, ibu dan juga tukang masak, pengemas rumah, pembasuh pinggan. Encik suami mengambil alih tugas membuang sampah, pengemop lantai,mendobi kain.

Terus terang, saya bertuah kerana saya dan suami tinggal bersama, tak perlu PJJ (perkahwinan jarak jauh). Syukurlah ke hadrat Maha Esa kerana mengurniakan kami nikmat dan rezeki sebegini. Semogaa nikmat dan rezeki ini akan diberi kepada kami sehingga bila-bila, Amin.

Untuk rakan-rakan yang perlu PJJ saya doakan mereka dapat bersama suami/isteri tercinta dan anak kesayangan masing-masing secepat yang mungkin. Walaupun itu bermakna kita harus berpisah (cewahhh), tapi itulah yang terbaik buat kalian.Bak kata penyanyi AF tu (sapa nama dia lupa), ada kebahagian dalam perpisahan. Huang.



Cik Atun: Post ape mende lah ni.

No comments:

Do jot down your opinion! ^^

Feel free to use any information or images you found in this blog but do credit properly! Thank you. Powered by Blogger.