Jadual Imunisasi Bayi di Malaysia

Post kali ini sebenarnya untuk rujukan yours truly, tapi tak salah kalau mummy-mummy lain yang membaca blog untuk jadikan rujukan juga.

Setiap bulan bawa si kecil menjengah klinik kesihatan untuk pemeriksaan bulanan, imunisasilah yang paling saya getik kerana menyakitkan anak saya untuk sementara waktu. Huhu. Saya tahu imunisasi ini adalah untuk kebaikan baby, tapi nak buat macam mana, hati kesian tengok dia menangis lepas dicucuk.

Selalunya saat sampai ke klinik, mata baby masih segar bugar. Siap ditimbang, ukur tinggi dan lilit kepala, matanya masih lagi cerah. Tetapi kerana dek menunggu punyalah lama sebelum dipanggil menghadap nurse, baby tertidur dan masih mamai-mamai walaupun saya kejutkan berkali-kali sebelum dicucuk. Yelah, orang dah mengantuk disuruh bangun pula.

Sudahnya dia sakit + terkejut, suara pun nyaring kedengaran sampai saya pun kadang-kadang rasa nak marah nurse yang mencucuk. Huhu.

Ok, cukuplah saya membebel. Jadualnya disini, saya ambil dari blog puan HERNEENAZIRDOT]COM. Beliau snap sendiri di klinik kesihatan, jadi berbanyak terima kasih kerana boleh juga saya dan fellow mummies buat rujukan.

Jadual untuk tatapan semua. Terima kasih, Puan Hernee Nazir!



Cik Atun: My little princess will have to go through 4 more jabs!

No comments:

Do jot down your opinion! ^^

Feel free to use any information or images you found in this blog but do credit properly! Thank you. Powered by Blogger.