Home Sweet Home: Perabot Hunting

1:10:00 PM

Sebelum rumah diduduki, saya dan suami berbincang hati ke hati perabot mana yang perlu kami beli dan yang mana nak KIV dulu. Kami sedar, mana nak cekau duit kalau semua perabot pun mahu dibeli. Lagipun kalau banyak sangat perabot, bertambah sempitlah rumah kami nanti.

Pada mulanya saya mengusulkan set bilik tidur untuk bilik kami sahaja dibeli. Meja makan dan sofa tunggu jualan murah raya atau Homex 2012 yang akan diadakan dalam bulan Disember (dasar kedekut, haha).

Usul saya En Q membantah bulat-bulat. Sofa dan meja makan perlu, ujarnya. Mak ayah nak datang nanti takkan nak duduk atas lantai sejuk, makan alas tikar dan lapik surat khabar, tegasnya. Bila difikir-fikirkan, ada benarnya kata-kata suami terchenta itu. Tapi yang merisaukan saya, adakah budget ciput kami dapat merealisasikan pembelian ketiga-tiga barangan tersebut?

Maka bermulalah perbincangan hangat budget limit untuk perabot yang telah dipersetujui untuk dibeli. Bagi saya tidak perlu berbelanja lebih untuk perabot, kerana design yang ada di kedai mudah kelihatan ketinggalan zaman. Tapi kata suami, perabot yang murah kualitinya teruk. Kebanyakkan menggunakan kayu chipboard, dilanyak sekali dua sudah patah.

Jenuh juga kami berbincang tentang had harga untuk setiap item. Setelah mengalah dan tak mahu mengalah, akhirnya dapat jua satu budget yang saya kira persetujuan kami berdua.

Sejak itu kerja kami selepas balik dari pejabat dan di hujung minggu adalah melawat dari satu kedai perabot ke satu kedai lain. Stok kedai macam Courts dan sewaktu dengannya tidak dilawati, sebab memang sudah maklum harganya mahal walaupun konon diwar-warkan ada jualan murah. Sesi survey harga di kedai-kedai berlangsung beberapa minggu sehinggalah pada satu tahap En Q sudah bosan dan akhirnya kami melekat di satu kedai perabot tempatan. Penjaga kedai itu ramah, harga juga boleh tawar menawar. Walau tidak banyak pilihan di show room, kami boleh tempah berdasarkan katalog yang ditunjukkan.

Saya mengaku kami memang agak fussy dan saya boleh lihat penjaga kedai sudah naik pening dengan permintaan kami. Mungkin rezeki kami apabila beliau lebih banyak mengalah, almari 2 pintu ditukar menjadi 3 pintu, pintu yang sepatutnya kayu biasa ditukar dengan cermin warna keemasan tanpa perlu menambah ongkos. Material ottoman daripada PU kami tukar kepada fabrik juga dibenarkan walau tidak pernah dibuat orang. Haha. Kasihan saya pada penjaga kedai itu bila teringat permintaan kami yang tidak sudah-sudah.

Setelah letih memilih, set bilik tidur dan sofa kami beli di kedai itu. Juga kabinet tv, terbabas membeli kerana harganya murah dan nampak berkualiti.

Semasa membayar deposit, saya hanya pejamkan mata, malas melihat jumlah 'kerugian' keseluruhan. Haha. Hati pula berdoa supaya sentiasa dimurahkan rezeki oleh Allah, agar kami mampu membayar duit perabot dan hidup seperti biasa.

Untuk meja makan pula kami beli di satu kedai yang lebih kecil. Perabot yang dijual juga agak murah berbanding kedai yang kami lawati sebelumnya. Sekali lagi kami sekadar pejamkan mata, tak mahu melihat harga perabot yang kami telah beli di kedai sebelumnya. 'Kedai perabot murah macam ni kat Ipoh, macam mana kita boleh tak perasan?' soal En Q hari itu. Jawapan saya, 'entahlah abang.'

Kalau diikutkan budget, kami sepatutnya berpuas hati dengan meja makan tempered glass dengan kerusi kayu biasa. Tapi entah kenapa hati langsung tidak berkenan. Mata melilau melihat satu meja makan berwarna krim cerah, material marmar. Harganya memang sungguh mengatasi budget kami. Tapi entah mengapa meja itulah juga yang kami pilih. Huhu. Terbabas sekali lagi.

Meja makan di ruang makan. Abaikan kain buruk berdekatan pintu.
Waktu ini kami baru selesai mencuci rumah.


Perabot sampai pada hari yang sama kami mencuci rumah. Memang hectic, kena pastikan lantai kering sebelum perabot sampai. Nanti reput di bahagian bawah kami juga yang rugi.

Bila diingatkan balik kelakar juga, tapi itulah memori mencuci rumah sendiri. Kalau datang mood untuk menulis saya akan ceritakan kisah mencuci rumah di post akan datang.



Cik Atun: Fenin dibuatnya.

You Might Also Like

7 opinions shared

  1. Salam boleh share nama kedai perabot yang jual wardrobe seperti dalam gambar x? Tgh nak mencari juga nih. tqvm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya beli di Ipoh,nama kedai Khoon Fat.harga boleh tahan la,tapi kena pandai tawar la kan. Huhu.

      Delete
    2. oo mcm tu ke. saya ada jumpa mix box http://www.mixbox.com.my/ brand yg sama ke?

      thanks anyway.

      Delete
    3. saya punya almari tak berapa ingat dah jenama apa sebab dah buang dia punya tag hari tu. haha.

      tapi yang pasti macam bukan mix box ni. jenama murah je, kalau tak salah dia punya kilang di Sungai Buloh.

      Delete
  2. kedai khoon fat ni area mana kak? hehe operasi raya cina..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. khoon fat ni ada banyak cawangan... tau tak station 18 punya proton edar? sebelah dia kedai khoon fat la...

      ataupun jalan nak ke pasir putih, kalau keluar dari Aeon dia sebelah kanan dekat trafic light shell tu kalau tak salah.

      ataupun dekat pekan lama, tapi saya nak bagitau jalan dia tak reti. hahah. tapi dekat jugaklah dengan Mc Donalds dekat Super Kinta yang ada UTC tu.

      Delete
  3. salam...sy pun nk bt umah 1250 kaki persegi gak..leh xtau umah u brp blk n.. leh x msk kan floorplan..kot2 leh bt idea utk umah sy..tq

    ReplyDelete

Do jot down your opinion! ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

moments to remember

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Angel and Memorial tickers

Like me on Facebook

Followers