Home Sweet Home: Kisah Si Tukang Cat

10:55:00 AM

Sementara kerja-kerja tiling dijalankan, tukang cat datang menemui kami dengan colour chart untuk pemilihan warna cat luar dan dalam rumah.

Sebelum berjumpa dengan tukang itu, saya dengan semangatnya mencari kod warna yang berkenan di hati melalui internet. Bukan susah, taip saja super matex nippon paint, segalanya ada.

Kalau ikutkan hati, memang teringin nakkan warna-warna dari rangkaian satin glo kerana warnanya cantik, nampak bersinar pula. Tapi apakan daya. Yang diberi kontraktor super matex sahaja, terima saja seadanya.

Pertama kali bertemu tukang cat, saya hanya mampu menggelengkan kepala. Orangnya sangat tua! Sudah hampir sebaya dengan opah saya. Bukan saya mahu mempertikaikan pengalamannya, tapi susahnya nak berkomunikasi. Kita kata A dia mati-matian suruh B.

Akhirnya malas bertikam lidah, kami banyak menerima sahaja pendapat beliau tentang warna. Tentang dinding ini cat warna ini, bilik itu cat warna itu, kami berkeras mahu mengikut kehendak kami. Cuma di bahagian porch kami katakan pilihlah warna bersesuaian kerana kami tak pasti cara cat bagaimana yang cantik.

Alih-alih 3 hari kemudian, cat luar rumah yang kami tetapkan dulu bertukar warna! Yang putih jadi merah, krim gelap jadi krim cerah pula. Aduhai...pening pening! Mahu tak mahu terima sajalah pertukaran warna yang tak diminta itu. Pasrah saja.

Nasib baik warna bilik dalam rumah mengikut apa yang kami mahukan. Terubat sedikit rasa terkilan dek salah cat.

Mari saya paparkan sedikit dinding kegemaran saya dalam rumah kami. Kod warna, chilli red.


Dindingku nan merah

Waktu gambar ini diambil, tingkap sudahpun dipasang. Begitu juga dengan pintu. Kalau dah ada sambungan elektrik dan air, rumah kami sudah boleh duduk! Yeay~



Cik Atun: Tak sabar menunggu hari nak pindah masuk. ^^

You Might Also Like

2 opinions shared

  1. xsuka dgn org yg xsuke dgr cakap org lain sedangkan kite bayar.
    tp ye lah nak buat camne. uhuhkkk

    merah itu sungguh seksi.

    ReplyDelete
  2. Itulah. Sabo jelah. Bak kata hubby, hormat orang tua. Malas gaduh-gaduh. Huhu.

    ReplyDelete

Do jot down your opinion! ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

moments to remember

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Angel and Memorial tickers

Like me on Facebook

Followers