Statusku bertukar lagi!

Saya sudah bergelar seorang ibu! Syukur alhamdulilah...

Orang kata sakit bersalin tu tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Akhirnya selepas mengalaminya sendiri, memang betullah apa yang dikata. Sakitnya...masyaallah! Tapi lepas semuanya selesai dah tak rasa apa-apa. Cuma rasa nak bangun peluk cium anak cepat-cepat walaupun badan bukannya larat sangat.

Masa mengandung dulu konon plan nak selalu update blog masa berpantang sebab mesti baby tidur banyak, bangun pun sebab nak susu je. Rupanya Allah dah ada rancangan lain untuk saya dan baby. Tapi yang itu kemudianlah cerita.

Bercakap pasal blog, teringat pula tujuan blog ni saya wujudkan. Lepas bertunang dulu saya selalu surf internet mencari idea untuk hari bahagia saya. Tapi bila nampak idea yang berkenan di hati... yang ini tempah di Shah Alam. Beli di Nilai. Angkut dari IKEA.

Sakitnya jiwa. Tak ada ke yang boleh dapat di Ipoh, borong di Kuala? Bukan semua rakyat Malaysia ni menetap di ibu negara. Bukan semua ada masa nak melancong ke selatan mencari segala.

Jadi dengan niat suci murni saya wujudkan blog ni untuk bantu orang di Perak, orang Ipoh khususnya.

Tidak disangka-sangka rupanya susah nak ber'blogging' ni. Perlu displin dan yang paling penting dapat luangkan masa.

Dalam kes saya dah tentu faktor utamanya tak berdisplin. Nak luangkan masa menaip satu persatu yang dicari dan dibeli...payah rupanya. Saya tabik pada yang rajin update blog mereka setiap kali persiapan untuk kenduri dibuat.

Disebabkan itu makanya blog saya ada ketikanya sengaja ditinggalkan,ada juga ketikanya memang tak ada masa untuk dijenguk meski jemari sangat gatal nak menulis.

Masa berlalu, kenduri dah lepas, hidup tetap diteruskan. Blog ini juga saya tukarkan supaya jadi diari online tapi begitu juga nasibnya. Tertinggal atau ditinggalkan.

Dari anak dara, jadi isteri kemudian bergelar ibu. Adakah blog ini akan ditinggalkan sepenuhnya?

Tak tahu saya meramal masa depan. Yang pasti, saya berniat berkongsi pengalaman saya menempuh hari hari sebagai ibu.

Kerana saya percaya, ada ramai ibu atau bapa yang beralih kepada internet untuk mendapatkan maklumat.

Jika tidak, tak adalah hasil carian yang berbunyi 'how do I know my baby is getting enough milk?'



Cik Atun: Sama sama belajar.

2 comments:

  1. Haha. Nak kena tanya ayahnya dulu boleh post ke tidak. ^^

    Anak ayah la katakan...

    ReplyDelete

Do jot down your opinion! ^^

Feel free to use any information or images you found in this blog but do credit properly! Thank you. Powered by Blogger.