Home Sweet Home: Kontraktor

Selang 2 jalan dari rumah mama mertua saya, ada sebuah rumah baru dibina oleh kontraktor Y yang pemiliknya berbangsa cina. Bila dirisik khabarnya rumah itu berharga RM110k.

Lantas saya dan En. Q membuat kiraan kasar. Jika diikutkan, luas tanah kami dan tanah di mana rumah itu dibina tidak jauh bezanya. Ukuran panjang dan lebar juga lebih kurang sama. Maka secara logiknya harga rumah yang kami ingin dirikan juga dalam anggaran harga yang sama.

Atas sebab itu kami membuat keputusan untuk menemui kontraktor tersebut. Selepas sesi perbincangan, sebut harga diberikan kepada kami dan secara kasarnya saya dan suami berpuas hati kerana harga yang ditawarkan adalah berpatutan.

Survey terhadap kontraktor lain memberikan tawaran harga yang lebih kurang sama, cuma mahal beberapa ribu dan ada juga yang kurang. Setelah berbincang dan berdebat, akhirnya kami membuat keputusan melantik kontraktor Y untuk membina rumah kami.

Proses seterusnya macam buat pinjaman, cari lawyer, buat valuation report, semuanya diuruskan oleh En. Q jadi saya akan skip part tersebut. Hehe. Dah siap semua proses tu, maka tanggungjawab kontraktor Y bermula. En. Q juga automatik jadi site officer tak bertauliah. Saya? Saya diarahkan berehat sebab waktu itu sedang sarat mengandung. Beruntung badan..ha!



Cik Atun: Excited tak terkata.

No comments:

Do jot down your opinion! ^^

Feel free to use any information or images you found in this blog but do credit properly! Thank you. Powered by Blogger.