Hari Pertama Bekerja Selepas Cuti Bersalin

Hari bermula dengan tangisan dalam kereta kerana tinggalkan anak pada pengasuh.

Di pejabat agak blur. Bos cakap pun macam susah nak pick up.

Hati teringat anak, tangan gatal nak call pengasuh tapi segan, takut nanti dia ingat saya tak percaya pada dia untuk jaga anak.

Makan tak berapa nak lalu tapi telan jugak takut susu yang tak seberapa kering pulak.

Tengok member sepejabat pam susu, banyaknya susu dia, hati berkata. Terus doa kepada Allah supaya murahkan rezeki susu anak..

Pam dua kali di pejabat, hasilnya cuma 2.5 oz tapi cukuplah untuk stimulate breast.

Badan penat mengemas pejabat yang berhabuk sebab minor renovation. Dengan dokumen bersepah tak teratur...sakit mata tengok.

Masa balik, baby dah siap mandi, dah siap menyusu. Bila dukung, sikit pun tak tengok muka saya. Hati sedih... Dah tak ingat pada mak ke?

Kemudian try BF, dia laju menghisap. Lepas tu baru nak sembang-sembang. Rasa nak nangis pun ada.

Hai lah anak. Mak bekerja cari rezeki lebih untuk kita... Nak bantu ayah, nak pastikan kamu dapat yang terbaik mengikut kemampuan kami...



Cik Atun: Emosi lebih sikit harini. Entahlah...

No comments:

Do jot down your opinion! ^^

Feel free to use any information or images you found in this blog but do credit properly! Thank you. Powered by Blogger.