Thinking Too Much Or Plain Emotional?

Kes 1

'Baby nampak besar... Normal ke caesarean?'

Saya: Baby dah selamat lahir, penting sangat ke normal or c-section?


Kes 2

'Ada ke susu badan?'

Saya: Insyaallah ada. Tapi kalau kerap sangat tanya macam tu, saya pun naik tension. Buat hati jadi kacau! Buat saya sangsi susu saya cukup untuk baby ataupun tidak.


Kes 3

'Lapar kot?'

Saya: Takkanla setiap kali menangis maknanya baby lapar. Maybe tak selesa atau mengantuk? Kalau dia hisap jari, saya try bagi susu tapi dia nak hisap jugak, nak buat macam mana?


Kes 4

'Bagi ebm ke dah campur susu formula?'

Saya: Kalau dah campur bagi susu formula, salahkah? Bukan saya taknak bagi susu badan, tapi adalah sebab musabab saya bagi susu formula.


Untuk keempat-empat kes ni, yang saya tulis di bawahnya itu adalah reaksi spontan dalam hati bila soalan-soalan tersebut diajukan. Tapi sejurus selepas itu, terasa bersalah pula.

Mungkin yang bertanya mengambil berat. Juga mungkin sekadar bertanya, tidak bermaksud apa-apa yang buruk.

Adakah saya terlalu banyak berfikir? Atau beremosi kerana apa yang diperkatakan sedikit menyinggung perasaan yang rapuh seperti biskut makmur? Entahlah. Saya sendiri kurang pasti.

Tetapi syukurlah saya tidak melafazkan sesuatu yang saya mungkin kesali sehingga akhir nyawa saya nanti. Kerana saya lebih selesa mendiamkan diri dan sekadar tersenyum kecil walaupun kadangkala, hati sebenarnya terasa sekali.



Cik Atun: Tabahlah wahai hati...

No comments:

Do jot down your opinion! ^^

Feel free to use any information or images you found in this blog but do credit properly! Thank you. Powered by Blogger.