Home Sweet Home: Pelan Rumah

2:30:00 PM

Baru-baru lepas kahwin hubby ada beli tanah lot untuk dijadikan aset. Tak lah besar mana, sekangkang kera bak kata hubby sebelum ni. Tapi sekangkang kera pun, tanah juga, ye tak?

Kami tak pernah pulak bercadang nak buat rumah atas tanah ni sebab dok rancak survey rumah teres 2 tingkat di Ipoh. Tapi rata-rata harga sangat mahal, more than 200k, so reality check, banyak lagi duit nak guna untuk anak. Rumah teres 1 tingkat pulak harga paling murah pun 150k, itupun guna bata putih. Macam tak berbaloi pulak.

Selepas perbincangan dengan hubby, maka kami decide buat je rumah atas tanah yang dibeli. Dapat rumah kecik pun jadilah, at least lebih besar sikit daripada rumah teres setingkat yang kecik tak padan dengan harga.

Maka mulalah sesi brainstorming untuk buat layout plan. Saya awal-awal lagi bagitau hubby, tak kisah ada berapa bilik asalkan dapur besar. Haha. Masak pun tak berapa nak reti. -ha!

Walaubagaimana pun disebabkan tanah lot biasa, so tak bolehlah nak buat layout yang fancy. Dipendekkan cerita, rumah kami bakal ada 4 bilik tidur dan 3 bilik air. Saiznya sedang-sedang saja, yang penting, kami bahagia. -macam lagu Iwan pulak.

Dah siap plan kami bagi kepada arkitek untuk cadangkan bentuk rumah yang sesuai dengan plan tu dan seterusnya buat plan rumah untuk submit kepada Majlis Bandaraya Ipoh untuk kelulusan membina rumah. Pelan siap agak cepat tapi lepas hantar ke MBI...Tuhan saja yang tahu. Lambatnya Masyaallah, mengalahkan siput!

Lepas nak dekat 2 bulan tunggu, pelan diluluskan. Alhamdulilah! Tapi agaknya kalau hubby tak usaha tanya dah lulus belum, agaknya bersarang plan tu atas meja pegawai MBI.

Pencarian kontraktor berlangsung lepas arkitek bagi kami 1 salinan pelan yang dah siap sebelum hantar kepada MBI. Tapi yang itu saya cerita dalam post akan datang lah. Sementara tu layan snippet of our home layout. Tunjuk sikit je...sebab rumah kecik saja. Yang ini yang kami mampu. Till then!




Cik Atun: Ukur baju di badan sendiri. Bersyukur dengan apa yang ada. :-)

You Might Also Like

2 opinions shared

  1. Berapa keluasan akak buat rumah. kos bina dgn upah arkitek kontraktor semua berapa? Thanks :)

    ReplyDelete
  2. keluasan dalam 1250 kaki persegi... kos semua kurang daripada 200k lah senang cerita.

    masa saya buat rumah harga barang naik... nak wat cemana kan. huk huk.

    ReplyDelete

Do jot down your opinion! ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

moments to remember

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Angel and Memorial tickers

Like me on Facebook

Followers