Hal Suami Isteri Untuk Menjual Produk

May 22, 2012
Saya menonton Wanita Hari Ini petang tadi. Jarang sekali saya menonton sebab selalunya ada di pejabat waktu rancangan itu disiarkan. Juga tidak menonton semasa sedang bercuti, selalunya sibuk melayan si kecil dan curi-curi masa buat apa yang patut. Hari ni entah kenapa boleh menonton pula. Agaknya kerana anak terlena selepas disusukan.

Segmen yang sedang ditayangkan ketika itu saya kira adalah untuk memperkenalkan produk untuk wanita. Tak kisahlah produk apa sekalipun, pakaian, produk kecantikan atau minuman kesihatan,tetapi perlukah komen komen yang menyentuh hal bilik tidur diutarakan?

Penonton lelaki yang turut sama di studio ada yang tersipu-sipu, ada yang tersengih macam kerang busuk, tak kurang yang buat muka seposen. Yang wanita terpaksa buat muka selamba, ada yang menunduk memandang lantai. Pengacara tidak ada peluang mencelah langsung, sudahnya cuma tersenyum kelat di sisi.

Kalau produk itu meningkatkan tenaga batin sekalipun, tak perlu rasanya berikan contoh-contoh yang membuatkan orang yang mendengar terasa menyampah. Ayat yang berbunyi lebih kurang seperti ini - 'bila bersama suami waktu itulah nak minta apa-apa pun pasti dapat' -eehhh?!!?! Perlukah!?

Bahasa melayu bahasa yang indah. Ada banyak cara untuk menyusun bait-bait kata yang menjadi halwa telinga. Daripada 'kalau suami malas, si isteri tolong gosokkan, jadi dua-dua bahagia', kan lebih sedap bunyinya kalau yang dilafazkan 'para suami boleh dibantu oleh isteri untuk pemakaian produk ini dan diharapkan ia dapat mengeratkan lagi hubungan antara suami isteri.'



Cik Atun: Hilang selera nak makan.

No comments:

Do jot down your opinion! ^^

Feel free to use any information or images you found in this blog but do credit properly! Thank you. Powered by Blogger.