Bersalin Pembedahan: Kurang Pahala?

Reaksi pertama saya apabila membaca soalan seperti tajuk post ini.....

APAKAH??!?!?!?!?!!?!?!

Untuk makluman soalan itu saya baca dalam satu forum yang agak ramai pengikutnya. Secara tak sengaja saya terbaca semasa mencari maklumat bagaimana cara menjaga luka bersalin secara pembedahan.

Yang saya hairan, macam mana soalan yang begini boleh diutarakan? Bukankah pahala dan dosa itu ditetapkan oleh Allah? Siapa kita, seorang manusia yang serba kekurangan ini untuk menetapkan lebih atau kurangnya pahala seseorang?

Umum tahu bahawa betapa besarnya pahala seorang wanita itu setelah melahirkan. Dosanya dihapuskan, dan jika meninggal, dia berjihad!

Tapi adakah Allah menetapkan, kalau bersalin normal sahaja dapat pahala yang begitu, selain dari itu kurang pahalanya? Masyaallah! Pemikiran apakah ini?

Emak memberitahu saya kira-kira 2 minggu sebelum bersalin bahawa melahirkan anak secara normal bukan senang. Sakitnya tak dapat digambarkan dengan kata-kata, terasa seperti akan putus nyawa bila-bila masa sahaja.

Namun Allah lebih mengetahui. Saya memilih untuk melahirkan anak secara caesarean section kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan atas nasihat doktor pakar.

Mungkin saya tidak merasakan kontraksi yang maha sakit itu walaupun mengikut kata jururawat, saya sedang mengalaminya jika dilihat pada graf. Masih tidak merasakan apa-apa sewaktu ditolak masuk ke dalam dewan bedah.

Apa yang berlaku sewaktu pembedahan itu, hanya Allah dan saya sahaja yang tahu. Sakit sehingga saya melaungkan Allah, Allah beberapa kali sehingga kepenatan. Bersalin c-section di hospital kerajaan, suami tidak dibenarkan untuk menemani. Saya seorang diri menempuh saat-saat itu walaupun mujur pakar bius sekali sekala menenangkan saya apabila dilihatnya saya menggigil.

Sakit yang sebegitu, walhal si penanya tidak pernah mengalaminya sendiri, maka wajarkah dipersoalkan berapa besar atau sedikit pahalanya?



Cik Atun: Salah seorang ibu yang bersalin pada waktu yang hampir sama dengan saya, jantungnya terhenti sewaktu pembedahan dijalankan. Tak sanggup rasanya nak 'tetapkan' berapa banyak pahala beliau.

1 comment:

  1. tergelak baca title post ni, sebab saya pernah terfikir benda yang sama.

    sebab saya pun bersalin czer.

    dan cume merasa sakit contraction sebab di induce.

    x logik ye berfikiran begitu? sebab kita tak rasa sakit bersalin tu? hehehehe

    ReplyDelete

Do jot down your opinion! ^^

Feel free to use any information or images you found in this blog but do credit properly! Thank you. Powered by Blogger.