Implanon

Kali ni nak bercerita sikit sebanyak pasal contraceptive measure yang saya dan suami telah pilih iaitu pemakaian Implanon. Dalam kes kami memang perlu merancang la kan sebab dah beranak melalui pembedahan. Doktor pun nasihatkan sekurang-kurangnya 2 tahun sebelum cuba mengandung semula.

Implanon ni mula diperkenalkan di Indonesia sebelum penggunaannya diperluas ke seluruh dunia. Berbeza dengan kaedah perancang yang lain, Implanon tidak memerlukan 'maintenance'. Cukup sekadar pakai dengan cara yang betul oleh doktor terlatih.

Implanon ni bekerja dengan merembeskan hormon yang memekatkan mukus dalam vagina seterusnya menghalang persenyawaan. Hormon yang diperlukan untuk breastfeeding tidak diganggu. Maka Implanon ni sesuai untuk ibu-ibu yang menyusukan anak.

Lepas buat keputusan untuk pakai Implanon, saya diberikan satu tarikh untuk temujanji dengan doktor di Hospital Ipoh, lebih kurang 2 bulan selepas melahirkan.

Prosedurnya sangat senang. Lepas berbual sikit-sikit dengan jururawat, doktor sampai tanya 'ready?' dan terus sediakan syringe. Saya diberitahu hanya seorang doktor di Hospital Ipoh yang boleh pasangkan Implanon ni, iaitu Dr Haris Tham. Orangnya sangat cool dan ramah.

Sebab jarum nak masukkan Implanon ni agak besar (saiz Implanon sahaja sepanjang sebatang mancis), doktor akan cucuk 2 kali di bawah lengan setelah ukur kedudukan Implanon yang nak dipasang. Satu jarum di tempat masuk, satu lagi di hujung sebelah satu lagi. Haha, tak pandai nak terangkan. Ubat yang disuntik adalah ubat kebas, bagi tak rasa sakit masa nak masukkan Implanon.

Cucuk ubat tu agak sakit jugak, berkerut-jerut muka menahan sakit. Yang kelakarnya doktor pun buat muka sekali sambil cakap 'yes I know sakit sikit. Minta maaf'. Lepas dah cucuk doktor pun keluarkan Implanon daripada kotak dan tunjuk jarum yang nak masukkan Implanon tu. Terbeliak mata saya tengok. Besarnya mak aiihh...

Saya dah siap tahan nafas takut sakit tapi alhamdulilah tak rasa apa-apa. Cuma rasa macam kulit digodek-godek. Dah masuk Implanon tu, doktor suruh rasa kedudukan ia dekat mana sebelum luka dibalut. Lebih kurang macam ni rupa balutan tu.


Masa pasang tu pagi so doktor ingatkan lepas mandi petang tu, tanggalkan balutan dan letak plaster. Masa saya buka balutan petang tu, nampaklah lubang kecil tempat Implanon dimasukkan.


Dah selamat pakai, saya pun dilanda demam sehari selepas pemakaian. Tak tahulah itu antara side effects ataupun kebetulan. Haha. Tengoklah kalau rajin after few months saya akan review balik pasal Implanon ni. Till then. ^^



Cik Atun: Kalau dilanda angin malas nanti, maaflah ye.

No comments:

Do jot down your opinion! ^^

Feel free to use any information or images you found in this blog but do credit properly! Thank you. Powered by Blogger.