Perkataan Singkatan

1:51:00 PM

Hobi saya di kala anak tidur salah satunya melayan facebook. Bukan update status atau upload gambar tapi baca status orang, tengok gambar, baca artikel yang orang lain baca.

Membaca status orang yang terpampang di news feed kadangkala buat saya ketawa. Ada yang menyedihkan dan tak kurang yang menyampahkan.

Sakit mata betul tengok ejaan singkatan yang terlampau singkat. Aku jadi aq atau ak. Dah alang-alang menaip, tambah jelah huruf u tu.

Kadang-kadang jadi tak faham apa yang cuba dikatakan sebabnya terlampau singkat ejaannya.

Saya tak pernah nafikan, singkatan itu perlu. Saya juga bila menghantar mesej kepada suami, akan gunakan singkatan abg. Singkatan lain yang saya gunakan antara lain kg untuk kampung, tido untuk tidur, smpi untuk sampai, x untuk tak.

Tapi taklah sampai jadi begini...

'x plu sgka mcm tu. aq bkn pra2 ambl brt psl ko. igt yg aq ska pd ko ek?'



Cik Atun: Sabar jelah.

You Might Also Like

2 opinions shared

  1. haha status memang tak faham!tun bila nak masuk jkn ni rindu haha

    ReplyDelete
  2. Kuang-kuang... Tun pulak malas nak masuk kerja balik. Huhu. Tulah, dulu Dart xde Tun kesunyian. Hehe.

    ReplyDelete

Do jot down your opinion! ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

moments to remember

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Angel and Memorial tickers

Like me on Facebook

Followers