Rezeki

Orang kata rezeki ada di mana-mana. Cumanya Allah yang menentukan rezeki itu adalah untuk kita ataupun bukan.

Sebagai manusia biasa,pastilah kita mahukan sesuatu. Dulu masa di sekolah rendah, nak dapat 5A dalam UPSE. Dah dapat keputusan yang baik nak maauk sekolah berasrama. Dah habis SPM pun begitu juga. Nak masuk universiti pilihan hati. Lepas graduate nak dapat kerja yang bagus, gaji sedap.

Tak kurang juga sebelum berpacaran, nak pakwe yang baik, kalau hensem macam bintang Korea, kira plus points la tu. Nak kawin pulak, majlis kalau boleh nak yang meriah... Alang-alang buat majlis biarlah elok.

Dah kawin, of courselah berharap dapat timang cahaya mata...

Kita meminta dan terus meminta yang terbaik, tapi Allah jua yang tahu apa yang terbaik untuk hambanya.

Tapi ayat ini, mudahkah untuk melafazkannya kepada yang tidak dikurniakan rezeki seperti yang dipinta? Takut nanti keluarlah ayat-ayat yang boleh membuatkan lidah kelu nak berkata-kata.

Engkau takpelah... Keputusan periksa tip top.

Engkau dapat pegi luar negara belajar. Mana kau tau perasaan aku, u dalam malaysia pun tak dapat.

Kau takpelah, masa sekolah dah couple terus je kawin. Aku? Pakwe pun takde macam mana nak kawin?




Cik Atun: Serba salah dibuatnya...

No comments:

Do jot down your opinion! ^^

Feel free to use any information or images you found in this blog but do credit properly! Thank you. Powered by Blogger.