Petua #2: Buang Minyak Masak Dalam Singki

October 01, 2012
Saya pasti ramai yang mengangkat kening apabila membaca tajuk petua kali ini. Such a trivial thing pun nak labelkan petua? Tapi percayalah, petua ini sangat berguna bagi yang mahu menjaga ketahanan singki di dapur masing-masing.

Dulu acapkali minyak masak yang telah digunakan saya siram sahaja ke dalam singki tanpa memikirkan apa-apa. Cuma selalunya saya biarkan pili terbuka, konon nak percepatkan minyak lalu dan terus masuk ke dalam longkang.

Suatu hari emak nampak apa yang saya buat lalu menegur,

Bertaik la saluran singki kamu nanti! Longkang pun cepat berlumut...

Saya cuma pandang emak lalu bertanya, habis tu nak buat cemana?

Tuang sikit sabun Glo dalam minyak, kemudian buka pili, tadah air bagi berbuih. Barulah buang dalam singki! Sabun pergi dengan air, minyak pun tak lekat pada singki kamu tu.

Dan sejak itu, petua itulah saya guna untuk membasuh kuali selepas dah puas gunakan minyak yang sama menggoreng french fries. Hehe.



Cik Atun: Kalau dah tau petua ni, layankan saja. :->

5 comments:

  1. hehehe..saya pun tuang je macam awak dulu. Tapi lepas tu kena sound juga..bukan dengan mak tp dengan husband. End up sekarang ni dia suruh serap dulu minyak tu dengan tisu buang dalam tong sampai. Takpun letak dalam plastik dan buang dlm tong sampah...

    Saje bloghopping di hari minggu...

    ReplyDelete
  2. recycle pun bagus gak dear :) cuba cari lokasi yg terima minyak recycle.

    ReplyDelete
  3. Xora,

    ohoho... minyak masak pun ade org terima utk recycle ke?

    nanti nak cari la kat ipoh ni... thanks for info!

    madoct10,

    saya pernah buat masuk dalam plastik, letak dalam tong sampah.

    sekali masa hari collection kucing jalanan buat projek mengoyak beg sampah, habis melimbang depan rumah. so dah tak buat dah.

    ReplyDelete
  4. sesekali kena tuang lubang sink dengan air panas campur garam..ni plumber yang ajar saya, dia cakap tu kira maintenance saluran lubang sinki..sebab masa tu lubang sink tersumbat, plumber check banyak minyak beku..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke... tq for the info. nanti akan dicuba dan dibuat bila ada masa. hee...

      Delete

Do jot down your opinion! ^^

Feel free to use any information or images you found in this blog but do credit properly! Thank you. Powered by Blogger.