Home Sweet Home: Kerja-kerja Melepa dan Kitchen Slab

October 15, 2012
Dah agak lama saya tak update mengenai rumah kami. Maybe sebab rumah dah siap dan dah pindah masuk pun, bila menulis terasa anticlimactic sikit. Hehe. Tapi apapun, hari ni nak share pasal kerja-kerja melepa (plastering) dan kitchen slab yang dibuat oleh sub-kon untuk villa kecil kami.

Alhamdulillah, sub-kon yang bertanggungjawab memang berpengalaman dalam bab-bab melepa ni. Saya sebenarnya seram tengok kepantasan mereka ni buat kerja, sebab yelah, kalau tak kena gaya nanti tak cantik plaster rumah kami nanti. Tambahan pulak masa diorang start plastering, musim hujan masih belum nampak macam nak surut.

Tapi agaknya rezeki kami, lepas sub-kon siap buat plastering seluruh rumah, cuaca panas terik dan plaster kering dengan elok. Tengok dengan mata kasar pun nampak smooth je, walaupun dinding belum disapukan cat. 

Kalau ikutkan pelan rumah, kami minta lining dibuat dibahagian dinding luar tingkap dan pintu. Lining ni kami bayangkan setebal bata, biar nampak ilusi seperti tingkap dan pintu tenggelam. Tapi entah macam mana tiba-tiba lining yang diharapkan tebal 3 inci jadi tak sampai 1/2 inci pun! 


Sangatlah frust! 


Lalu kerana dah frust menonggeng, En. Q pun berbincanglah dengan tukang melepa tu begitu begini berhujah bagai. Masa tu saya tak ikut sekali sebabnya mestilah anak kecil jadi keutamaan selepas balik kerja terus nak gomoi-gomoi dia. Hehe. Jadi tugas memantau pembinaan rumah diserah bulat-bulat pada hubby.

Alih-alih pandai tukang tu membelit, lalu En. Q bersetuju je buat lining yang tak tebal. Haha. Saya pun lepas dengar hubby berhujah, saya kata ikutkan jelah. Mesti tukang tu lagi banyak pengalaman kan? *cricket sound*

Tapi apa pun benda dah buat, bila dah siap semuanya nampak cantik juga. Ngeee...

Villa kecil kami. ^^

Beralih kepada kitchen slab. Pada asalnya, kami memang tak masukkan slab ni dalam spesifikasi yang diberi kepada kontraktor kerana mengikut perancangan, kami nak buat worktop solid surface (berangan setinggi bukit. Hehe). Tapi selepas pembinaan bermula, muncul kos-kos pelbagai yang di luar jangkaan menyebabkan kami terpaksa baling tuala putih ke udara dan katakan bye bye kepada solid surface. -_-;;

Sedih memang ada, tapi menyesal tidak sekali. Ada hikmah disebalik apa yang berlaku...

Jadinya team yang buat plastering start buat kitchen slab apabila dapat green light daripada main contractor. Jenuh juga kami pusing keliling potong mana tak berkenaan dalam spec supaya kerja-kerja ni diserap sahaja tanpa perlu tambah ongkos. Alhamdulillah berkat skill En. Q berhujah, main-kon setuju.

Agak panjang juga kitchen slab yang dibuat, sepanjang-panjang dapur berbentuk G. Bila tengok ianya siap saya dah tersengih-sengih macam kerang busuk sebab kepala dah berangan-angan nak kabinet dapur yang macam mana. Haha.

Slab dalam pembinaan. Tengah buat frame dulu.

Ini rupa kitchen slab yang dah siap, tapi kayu yang menyokong belum ditanggalkan kerana nak tunggu slab kering sepenuhnya. Yang di sebelah kanan tu En. Q dan di sebelah kiri tu.... siapa?

Jeng jeng jeng... Nantikan bab seterusnya.



Cik Atun: Saja buat suspen. Hee...

No comments:

Do jot down your opinion! ^^

Feel free to use any information or images you found in this blog but do credit properly! Thank you. Powered by Blogger.