Petua #1: Elak Nasi Mudah Basi

10:30:00 AM

Tiba-tiba teringin nak share tips and tricks my mom told me. Maybe it's not that much but sharing is caring righhttt?

Siapa yang suka deal with busuk and yucky nasi basi kan.. Saya memang tak suka tapi kadang-kadang terlupa ada nasi tak habis, tengah basuh pinggan anak menangis meluru pergi tenangkan anak, tengah malam baru sambung basuh, nak cepat tak teringat ada periuk nasi tak basuh. Fuhhh. Esoknya pulak tak makan nasi teringin makan bihun pulak, lagi terperam la nasi tu dalam rice cooker. Akhirnya basi...

Jadi, kata mak, nak elakkan nasi basi kalau dah terlupa sampai macam tu memang tak boleh nak diselamatkan lagilah. Huhu.

Tapi... kalau katalah periuk nasi baru beli, tak pernah pakai lagi, seboleh-bolehnya elakkan kejadian memeram nasi sebab nanti bila masak lain kali guna periuk itu, mesti akan cepat basi. Dalam sehari setengah nasi pasti akan mula berair.

Tapi bagi yang dah 'terbasikan' periuk itu (macam kes saya), basuh periuk macam biasa. Kemudian rendamkan dua keping asam keping atau secubit dua paste asam jawa Adabi (jenama lain pun boleh) dalam periuk tadi. Rendam sampai nak guna sekali lagi periuk tu baru bilas. Lepas habis guna periuk tadi, ulang proses yang sama dalam dua tiga kali, Insyaallah nasi tidak akan mudah basi.

Sekian untuk siaran kali ini.



Cik Atun: Selamat mencuba!

You Might Also Like

0 opinions shared

Do jot down your opinion! ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

moments to remember

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Angel and Memorial tickers

Like me on Facebook

Followers