Home Sweet Home: Electrical Appliances

Sudah beberapa kali En Q menyuruh saya listkan hadiah kawin kami sejak dari mula kami bercadang untuk membina rumah sendiri. Namun penyakit M saya selalu benar mengatasi segalanya. List yang diminta tidak pernah siap, sehingga ke hari ini.

Bukan apa, hadiah ada di rumah emak dan juga mama, kononnya nanti susah nak buat list yang seragam. Tak kemas. Alasan semata-mata. Bila suami membebel, barulah kelam kabut membelek itu ini, namun list nya masih jua belum kelihatan.

Hinggalah satu ketika kami mencuci mata di Aeon dan beliau berkata, tak tahulah apa yang kena beli,apa yang tidak. Suruh buat list tak buat-buat pun. Di waktu dan ketika itu juga saya melemparkan nama-nama perkakas elektrik yang kami terima (terima kasih teman!). Hasil perbincangan tak rasmi, kami perlu membeli peti sejuk, mesin basuh, pemanas air mandi dan juga kipas siling. TV KIV dulu, ujar saya tegas. Kalau tidak begitu, nanti disambarnya TV LED pula.

Maka sejak itu bermulalah perjalanan kami mencari peti sejuk dan mesin basuh yang paling murah yang menepati kriteria kami.

Peti sejuk 2 pintu. Markah cekap tenaga perlu 5 bintang.

Mesih basuh 9 kg ke atas kerana mahu basuh baju setiap hujung minggu. Kalau kecil load yang dipilih, sedikit sahajalah baju yang dapat dibasuh.

Setelah pusing berpusing di Jusco, Aeon Station 18, Tesco dan kedai seperti Sen Heng, Pana Shop, Courts... akhirnya kami menuju ke kedai elektrik 'kesayangan' suami di Jalan Pasir Putih. Beliau pernah membeli sebuah tv LCD untuk mama di kedai itu dan harganya jauh lebih murah dari pasaran biasa.

Cuma kali ini kami sedikit was-was hendak bertanya kedai itu kerana bukan waktu itu bukan musim perayaan. Kedai-kedai kecil begini walaupun boleh tawar menawar, jika bukan musim perayaan agak payah juga hendak dapatkan diskaun.

Masuk di kedai itu, sudah tahu bahawa jika kami akhirnya membuat pembelian, barangan yang dibeli berjenama LG. Sejujurnya saya memang berkenan sangat dengan peti sejuk LG berwarna putih tetapi harganya agak mahal. Jadi terpaksalah saya lupakan sahaja niat murni itu. Hehe.
Inilah dia idaman kalbu...

Waktu membeli mesin basuh dan peti sejuk kami, saya tidak memainkan peranan secara aktif kerana waktu itu Haifa meragam dengan jayanya. Huhu. Saya ikutkan sahaja pilihan suami yang saya kira pasti memenuhi kriteria yang kami telah tetapkan.

Setelah dodoi mendodoi, Haifa tertidur, En. Q juga selesai tawar menawar. Alhamdulillah, harga yang diberi adalah lebih rendah daripada budget kami. Ada penjimatan, saya suka! Heee....

Meh saya tepekkan peta untuk ke kedai itu (iklan tidak berbayar).


View Larger Map

Nama kedai tak berapa nak ingat tapi dipendekkan cerita semua barangan elektrik seperti kipas angin, pemanas air mandi dan TV kami beli dari kedai ini.

Bercakap pasal TV, sebenarnya kami memang sudah berhasrat nak tunggu dulu sebelum buat koleksi. Sampailah satu masa En. Q khabarkan biar beliau saja ke kedai itu sekali lagi untuk survey (bukan beli ya, survey) kipas angin Panasonic Bayu dan pemanas air mandi, juga jenama Panasonic. Saya menurut sahaja, lagipun hanya mahu survey, bukanlah membeli.

Tup tup beliau pulang dengan sehelai resit. Di atasnya tertulis,

Kipas Angin Bayu 4 Bilah Panasonic

Pemanas Air Joven

TV LCD 40" LG
Dengan setenang-tenangnya saya tanya,

Kenapa beli TV sekali? Kata nak tunggu sampai ada promosi.

Jawab suami,

Entah. Nampak murah. Beli jelah sekali.

=.=;

Bila difikir-fikirkan kembali, tak apalah beli TV pun. Bila duduk bertiga memang sunyi sepilah rumah kami tanpa bunyi-bunyian dari kaca TV. Haha.

Lagipun, rumah kami masih menggunakan arial biasa, masih tiada Astro. Dan pada pendapat saya, seharusnya ketetapan ini kekal sehingga Astro dirasakan relevan untuk dipasang. :P

Peralatan lain seperti toaster, pembuat sandwich, coffee maker, pemanas air, mesin pengisar, iron, kami dapat sebagai hadiah kahwin jadi jimat lagi. Mixer pula, jenama Pensonic saya beli seminggu sebelum raya di Aeon, dapatlah buat kek sebiji. Kek pertama yang saya bakar seumur hidup. Haha. Nanti saya akan ceritakan di post lain.

Sebiji kipas angin juga kami beli di Aeon Station 18 semasa pembukaan gedung itu awal Mac, penjimatan berganda di situ sebab off hampir 70%! Terima kasih suami kerana berjaya membeli kipas itu (saya di kampung kerana berpantang... entah macam mana beliau mengusung kipas itu ke parking lot seorang diri).

Saya rasa itu sahaja barangan elektrik yang kami beli. Melayang juga beberapa ribu tapi untuk keselesaan diri sendiri, relakan sahajalah.



Cik Atun: Masih ada lagi barangan yang ingin dibeli tapi cukuplah dulu sementara waktu. Bak kata suami, tunggulah 10 tahun lagi. T_T

2 comments:

  1. apa nama kawasan kedai tu..tunjuk map mana leh tau kat mana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nama kedai PNE electric kot. Dekat jalan pasir putih, dekat stesen minyak yang ditinggalkan tu.

      kedai tu betul2 dekat simpang 4 besar sebelum simpang nak ke Aeon Station 18 (kalau dari pasir putih)

      Delete

Do jot down your opinion! ^^

Feel free to use any information or images you found in this blog but do credit properly! Thank you. Powered by Blogger.