Mengatasi Marah
Sudah agak lama rasanya tidak menulis dalam bahasa ibunda. Ha ha. Hajat di hati ingin mengasah kemahiran menulis dalam bahasa Inggeris, tapi apa salahnya melencong sekali sekala. Betul tak?
Tadi masa membaca Utusan Malaysia, tertarik pulak membaca satu artikel bertajuk 'Marah Itu Dari Syaitan'.
Manusia mana yang tidak pernah marah? Jika ada, memang termasuk dalam kategori makhluk yang sedang mengalami masalah kepupusan. Saya sendiri tidak tergolong dari kategori itu. Memandu ke pejabat sahaja boleh mendatangkan marah, inikan pulak untuk bertahan tidak marah-marah selama sejam, sehari, seminggu, sebulan atau setahun.
Sukar... namun sebenarnya perasaan marah ini boleh diatasi jika cara yang betul dipraktikkan.
Berikut adalah tips mengawal kemarahan mengikut Islam yang telah dikongsi dalam artikel tersebut (dan pendapat saya sendiri).
1. Mengubah Posisi
Rasulullah SAW bersabda: "Apabila salah seorang di antara kamu marah dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring." (Riwayat Muslim)
2. Berwuduk
Rasulullah SAW bersabda: "Marah itu datangnya daripada syaitan dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk." (Hadis Riwayat Abi Daud).
3. Minum air
4. Mendiamkan diri ketika marah
5. Berlindung kepada Allah daripada syaitan
6. Meluahkan perasaan dan masalah dalam keadaan masa dan tempat sesuai
7. Berfikiran positif
8. Belajar menyampaikan kemarahan secara positif dan terhormat. Elakkan daripada memekik atau bertindak garang
9. Bawa bertenang seperti menarik nafas
10. Senyum kerana senyuman mampu meredakan tekanan
Cik Atun: Senyum, tak perlu kata apa-apa. ^^

Selalunya kalau Atun marah, terus masuk bilik dan baring. Memang rasa sebal tu hilang sikitla... tapi tak sangka pulak sebenarnya dalam Islam, memang dianjurkan untuk ubah posisi untuk mengawal marah. Ceteknya ilmu saya rupanya. T___T
2. Berwuduk
Rasulullah SAW bersabda: "Marah itu datangnya daripada syaitan dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk." (Hadis Riwayat Abi Daud).
Tips ini memang selalu diamalkan. Rasa sejuk bila berwuduk. Tak jadi nak marah.
3. Minum air
Yang ini pun selalu buat jugak. Tapi jaga-jaga! Jangan main tuang air dalam kerongkong nanti tersedak. Minum perlahan-lahan.
4. Mendiamkan diri ketika marah
Oh, tips ini adalah kegemaran saya. Sangat praktikal untuk dipraktikkan jika bergaduh di dalam kereta. Diam saja. Ha ha.
5. Berlindung kepada Allah daripada syaitan
Tips ini tidak pernah dibuat lagi. Sebenarnya tidak berapa faham. Adakah dengan melafazkan 'aku berlindung kepada Allah dari syaitan yg direjam'? Jika ya, saya akan cuba praktikkan.
6. Meluahkan perasaan dan masalah dalam keadaan masa dan tempat sesuai
Bila bergaduh, bila nak berbaik semula, selalunya akan tunggu sampai kemarahan kedua-dua pihak reda. Tempat pula, janganlah di tempat awam bagi mengelakkan (jika 'ter'bergaduh lagi) menjadi tontonan.
7. Berfikiran positif
Sukar nak berfikiran positif bila marah, tapi cubalah sebaik mungkin untuk kebaikan diri sendiri.
8. Belajar menyampaikan kemarahan secara positif dan terhormat. Elakkan daripada memekik atau bertindak garang
Betul. Tak ada gunanya lawan tarik rambut atau menjerit bagai orang gila. Menyusahkan dan memalukan diri sendiri sahaja.
9. Bawa bertenang seperti menarik nafas
Tarik nafas itu bagus, kerana bila marah, degupan jantung pun akan bertambah laju. Menarik nafas mampu memperlahankan degupan ke paras normal, secara tak langsung mengurangkan rasa marah dalam diri.
10. Senyum kerana senyuman mampu meredakan tekanan
Dalam banyak-banyak perkara, saya rasa tips ke-10 ini paling senang dan mungkin juga paling sukar dilakukan. Tapi senyuman yang ikhlas itu menenangkan dan mendamaikan. Maka banyakkanlah tersenyum!
Cik Atun: Senyum, tak perlu kata apa-apa. ^^
No comments:
Do jot down your opinion! ^^