Buku: 7 Hari Mencintaiku

May 20, 2011
Disclaimer: This is NOT an advertorial.

Ok... hari ni nak memperkenalkan lagi satu label baru. Hoho.

Oppss. Sorry. Salam dan Hai. -_-;;

Berbalik kepada cerita tadi, ya, saya akan mewujudkan lagi satu label yang bertajuk Buku/Books.

Sebabnya sekarang ni memang sedang asyik melayan beberapa novel cinta Melayu, jadi tak salah rasanya sekiranya saya berkongsi. Buat panduan sendiri pun boleh, senang nak tahu yang mana dah baca yang mana belum.

Saya kira bagi peminat tegar novel cintan cintun Melayu, nama Siti Rosmizah bukanlah satu nama yang asing. Beliau telah menghasilkan 2 buah novel bersama Buku Prima dan 2 buah novel bersama syarikat penerbitannya sendiri, iaitu SR Publications.

Sebenarnya saya dah baca kesemua buku beliau, tapi nak cerita kali ni pasal novel terbaru sekali, 7 Hari Mencintaiku.


Berkisah mengenai Mia Adriana dan Khuzairi yang terpaksa berkahwin atas permintaan papa Mia yang sedang uzur kerana tunang Mia tak datang masa majlis nikah mereka dan pergolakan rumah tangga seterusnya. Cliché? Oh, semestinya!

Namun oleh sebab saya dah di'wow'kan (ada ke perkataan ni? Of course takde. T__T) oleh novel sulungnya, maka saya gagahkan membaca sebanyak 1050 mukasurat.

Sekalung pujian diberikan kepada penulis, Siti Rosmizah kerana berjaya melakarkan watak Mia Adriana yang sombong, bongkak dan menyampahkan pada laman kertas. Sampai saya yang membaca pun naik benci. Menyampah sangat-sangat sampai satu tahap di mana saya menyeringai masa membaca dan mak saya boleh tanya, 'jahat kan? Kan?' Oh ya, buku ni dipinjam daripada mak saya. Haha.

Yang si hero pulak baiklah sangat. Membuatkan saya terfikir wujudkah lelaki sebegitu di dunia kini? (Hint: En Q, hehe) Sabar, lembut, taat kepada ibu bapa, berjiwa penyayang. Boleh bayangkan dalam kepala bagaimana jenis orangnya.

Pada saya jalan cerita novel ini pada mulanya bergerak dengan pantas. Bagus begitu, because it keeps you on your toes. It makes you ask, 'What's next? What's next?' Tapi entah kenapa masa di 'babak' pertengahan, dirasakan plot seperti berulang-ulang menyebabkan saya ambil masa yang lama jugak nak habiskan buku ni (buat pengetahuan semua, saya habiskan novel sulung beliau dalam masa 4 jam).

Mungkin jika diedit beberapa filler yang tidak berapa nak penting, jalan cerita akan jadi lebih mantap.

And kudos to Siti Rosmizah and her team too that she loses what I called ‘an-attempt-to-interact-with-readers-but-failed-miserably’ that she developed in her 3rd book.

Kerana pada pendapat saya, interaksi sebegitu, (contohnya, baiklah pulak suami Tengku Aqilah ni ya?) memang tidak perlu langsung. Saya tak tahu kalau ada yang berkenan gaya yang sebegitu namun bagi saya, sebuah buku bukanlah satu forum / chatroom untuk mengeluarkan pernyataan kepada pembaca. Cukuplah sekadar sebagai pencerita, tidak perlu rasanya untuk memasukkan komen lain pihak ke-4 dalam cerita tersebut.

Berbalik kepada novel 7 Hari Mencintaiku. Jalan cerita 'kahwin paksa' sebegini memang cliché dalam dunia novel fiksyen Melayu. Ramai penulis yang sudahpun menulis menggunakan tunjang yang sama. Contoh paling senang, Meen Zulaikha dengan Kasih Yang Suci yang baru-baru ini diadaptasi kepada drama bersiri bertajuk Nora Elena.

Namun apa yang membezakan antara satu penulis dengan penulis yang lain, adalah konfliknya.

Konflik dalam cerita 7 Hari Mencintaiku ini memangla sangat banyak, akan tetapi penulis dengan berhati-hati mengupas satu isu ke isu yang lain dengan baik. Tahniah diucapkan. Konflik dengan mak mertua tu yang paling saya takut sekali (Alhamdullillah mak mertua saya sangat sempoi dan best orangnya. Huhu).

Nak tahu konflik yang dihadapi oleh hero dan heroine kita? Dapatkan 7 Hari Mencintaiku di pasaran.

Hearts: ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♡ ♡ ♡ ♡

Disclaimer II: Saya bukanlah seorang penulis atau editor. Apa yang ditulis adalah pendapat jujur daripada seorang pembaca dan tidak berniat untuk menyinggung perasaan sesiapa.



Cik Atun: Saya nangis sikit masa baca buku ni. Tersentap sekejap. Hukhuk.

No comments:

Do jot down your opinion! ^^

Feel free to use any information or images you found in this blog but do credit properly! Thank you. Powered by Blogger.