Cincin untuk Sang Suami

Saya merupakan salah seorang blogger yang suka membuka tab STATS sebelum saya menutup computer selepas melayari internet pada waktu malam.

Mungkin atas dasar ingin tahu, dari negara mana pembaca blog saya datang (pernah ada pembaca dari Slovenia dan Kenya!), dari laman mana mereka boleh sampai ke blog kecil saya dan juga post mana yang paling banyak dibaca.

Seperti gambar di bawah ini, saya sengaja blurkan 4 post teratas sebab hari ini saya nak menyentuh serba sedikit mengenai cincin untuk dihadiahkan kepada bakal suami.


Saya rasa bagi mereka yang berkemampuan tiada masalah untuk mereka untuk memilih cincin platinum atau titanium bertatahkan berlian sekalipun.

Tetapi bagi yang tiada bajet untuk cincin semahal itu, alloy lain jadi tumpuan. Contohnya palladium, silver dan stainless steel (cincin emas putih atau white gold memang jelas lah tak boleh kan, haram.)

Cincin suasa, yang merupakan alternatif yang paling biasa kita lihat dan dengar, juga jatuh haram hukumnya untuk dipakai oleh encik suami jika antara komposisinya adalah emas. Kalau tak ada emas, tak apa. Tapi cincin suasa bukanlah lagi suasa kalau tiada emas di dalamnya kan? Jadi, wallahualam.

Bagi saya sendiri, kalau ikutkan hati memang teringin nak cincin platinum bertatahkan berlian sepasang. Tapi memandangkan bajet saya tidaklah segunung tinggi, maka saya mencari alternatif yang jauh lebih murah tetapi masih lagi cantik dipandang mata.

Sesi cari mencari di internet pun bermula. Kemudian terjumpalah satu blog ini, menyatakan beliau beli cincin stainless steel di sebuah kedai yang dipanggil Mimosa. Saya pun dengan excitednya search lah pasal kedai Mimosa ni. Cari punya cari, website dia down. So tak bolehla nak buat apa kan.

Then blogwalking lagi dan terjumpa lagi satu blog yang menyatakan Mimosa dah tukar nama kepada Bausch K. Cawangan dia ada di tempat-tempat berikut.

1. Level 2, KLCC

2. Level 1, Mid Valley

3. Ground Floor, IKANO

4. Level 1, One Utama

Saya berkesempatan membeli sepasang cincin untuk En. Q dan saya sendiri (menggunakan wang En Q, haha... T__T) dan harganya memanglah sangat berpatutan. Ada banyak design yang cantik untuk dipilih, terdapat saiz, insyaallah jangan risau, satu tahun jaminan waranti dan yang paling penting sekali, boleh engrave nama anda pada cincin!


Setelah hampir 6 bulan menyarungkan cincin ini, tak ada sesiapa pun sangka cincin yang kami pakai adalah stainless steel. Kebanyakan orang ingatkan ia platinum sebab design yang kami pilih ada batu berlian seketul . Haha! (Maaf, tiada gambar untuk dikongsi...)

Pada pendapat saya, memang berbaloilah membeli cincin yang sepasang ni. Memang puas hati. Sesuai dengan sesiapa yang ada alergi atau kulit sensitif, tahan karat. Poket pun tidaklah begitu rabak untuk membelinya. Nampak pun cantik.

Jadi kepada bakal pengantin yang masih pening-pening lalat nak beli cincin apa, cincin stainless steel ni adalah salah satu daripada pilihan yang anda ada. Selamat membeli! ^^




Cik Atun: Memang berbaloi!

6 comments:

  1. Thanks 4 the info.. hajatnya memang nak terjah Bausch K cuti nanti.. ^_^

    ReplyDelete
  2. you're welcome. My pleasure~!

    ReplyDelete
  3. ok ke price ye?..ketahanannye tuk long-term ok ke?sbb sy pn tgh mcari cincin tuk si dia.kalau bley nk cari couple ring pastu nk engrave name hehehe...*guide me plezz*

    awak..
    sy share info sal prosedur kawen..sbb sy pn dr perak gak:) nice blog..
    sy br btatih dlm blog..sj gedikss nk writing...

    ReplyDelete
  4. Price range memag ok sangat... aritu Atun tengok (tengok yang mana berkenan jela), tak sampai RM300 pun sebentuk.

    Tapi batu yang dia pakai cubic zikornia, so no wonderla kan, murah je.

    Tak sure kalau dia ada cincin bertatahkan berlian tapi do drop by their shop.

    Size pun insyaallah takkan jadi masalah.

    ReplyDelete
  5. alalala...boleh tak nak tanya range harga dia lebih kurang berapa...nak preapre budget..huhuhuhu

    ReplyDelete
  6. tak mahal sangat... takkan sampai RM1000 pun kot...

    Dalam RM300 to RM800 sepasang rasanya.

    Tapi Atun pun xsure sgt la, so better you g survey kt kedai bila ada masa. ^^

    ReplyDelete

Do jot down your opinion! ^^

Feel free to use any information or images you found in this blog but do credit properly! Thank you. Powered by Blogger.