Weekend yang sangat busy...

Weekend ni memang agak busy. Tapi kerana kehadiran famili; mak, Along dan adik saya jadik bersemangat. Cuma ralat sikit ayah tak dapat nak datang. Huhu...

Sebenarnya, tak letih mana pun. Sebab bawak diorang jalan-jalan sekitar Ipoh je, xde ape yang menarik pun. Kalau nak shopping pun habis-habis Jusco, Ipoh Parade, Tesco yang ade merata-rata, Greentown Mall, Megoplex... (bila dah menulis ni baru perasan, kenapa tak bawak diorg g Giant ek. XD). Saya bawak jugak pegi ke kedai-kedai berkaitan di Jalan Kuala Kangsar. Almaklumla, ade kedai menjual barang-barang wedding kat sana. ^^ Pun ade pegi satu kedai auntie ni dekat-dekat area Megoplex.

So kami pun dengan jayanya pegi survey barang-barang hantaran. Tapi Along membebel sebab sampai skang saya masih tak tetapkan warna tema so susah die nak survey pape pun. Uuuuuu~ maafkan daku wahai Along. Tak tersengaja. Sebab saya pun dah naik pening menetapkan warna tema ni.

Tapi apa-apapun kitorang 'terjumpa' English tray yang murah dan nampak lawa walaupun agak ringan. So tanpa banyak songeh lagi, saya pun angkutlah semua.. eh eh. Dalam 6 tray dulu. Huhu. Last-last, fikir-fikir balik masa kat kedai auntie ni, saya pun bagitau Along, 'kita buat english themed concept nak?'

Along pun tanpa berlengah lagi setuju, cuma mak je still ragu-ragu sebab susah nak cari baju, katanya. Huhu. Sebenarnye memang betul pun mak cakap, baju yang dibook skang ni warnanya agak gelap dan tak sesuai untuk English concept... so saya kena tukar baju la kalo nak wat konsep ni jugak.

Fikir punya fikir, last-last saya bagitau mak dan Along yang saya akan bincang balik dengan encik tunang (yang tidak dapat ikut bersama pegi berwindow shopping) untuk tukar baju yang dah dibook tu. Tak tau die setuju ke tak nanti.

So kesimpulannya.... Masih tiada konsep. Masih tiada warna tema. Semuanya caca merba. Adoilaaa....

Dan lagi satu hal. Haha... :P orang-orang Ipoh sila kutuk saya. Sudah 6 bulan saya berulang alik melalui jalan ni. Mengapa dan bagaimana saya tak perasan kedai besar kat Gerbang Malam ni adalah kedai SSF??????




Cik Atun: Poning kepalo den ni mak oi....

1 comment:

  1. salam
    hi
    i pon dr ipoh..bleh la exchange knowledge kn heee
    i da list u k

    ReplyDelete

Do jot down your opinion! ^^

Feel free to use any information or images you found in this blog but do credit properly! Thank you. Powered by Blogger.