bloghopping mode + trying to be a good bride-to-be

Seronok sebenarnya surfing from one blog to another. There's a lots of posts that were funny to read, inspiring, etc etc.

But when it comes to blogs where brides-to-be blogged about their preparation for D-day... sometime saya menung sekejap. Mana taknye, masing - masing dengan idea dan kreativiti sendiri preparing things from cradle to grave [eh, rasa macam tak sesuai plak idiom ni.. huhu. Pape jelah].

But one thing I observed, most of the brides-to-be opted for designing and buat sendiri baju bersanding. Saya pun teringinnnn jugak nak buat baju sendiri untuk sanding. Tapi apakan daya, ukurlah baju di poket sendiri.........

.....

.........[sigh]

Tapi papepun, thanks to En. Tunang, my baju nikah akan ditempah walaupun masih belum diketahui bila bawak kain pegi kedai. Kenapa thanks to En. Tunang? Hohoho... panjang ceritanya.

Aritu sebelum melawat dan survey butik - butik pengantin berdekatan dengan rumah [takmo amik yang jauh-jauh, nanti susah - that's my logic regarding this], I told him, 'Kita sewa jelah baju nikah jugak, amik pakej yang bagi dua pasang baju.'

During that time I was so serabut finalising about the theme colour sebab SEMUA [tak tipu.. semua! -_-;;] orang tanya, 'warna tema ape?' So nak menyenangkan dan konon malas nak kuar duit banyak2, so that's where the idea stemmed from.

Bermati-matian incik tunang membantah. Katanya, baju nikah biarlah tempah sendiri, nanti boleh jadikan kenangan. I was a bit annoyed at that time [just a bit, because he doesn't want to listen. XD] but I was like, 'okay fine. Kita tempah.'

Skang barulah terkedek-kedek nak kata, 'terima kasih awak, sebab tak dengar cakap orang.' Huhuhuu~

Pada suatu hujung minggu, kami pergi survey baju di Kamdar. Tiada yang berkenan. Jakel memang takkan pegilah kan, sebab I think they are so damn expensive! Terasa macam akan dapat nicer cloth kalo beli kat tempat lain. The quality pun lebih kurang je. So kerana Kamdar xde yang best, kami bergerak ke Nagoya. Sebelum tu, singgah di A&W mencekik. XD [float die memang best!]

Dalam kereta saya tanya dia, 'nak pakai kaler apa?' Dia jawab, 'ikut suka awaklah, tapi pilihla colour yang universal skit.' Dengan kata lain, die takmau kaler pink. Huhu. Sebenarnye saya ni bukanlah penggemar pink tegar pun. Tapi sekali sekala terasa pink menarik jugak.

Memang awal-awal lagi dah rule out warna putih or off-white sebabnye nak lain skit daripada scene malam nikah yang biasa ditengok. Lagipun baju tunang dulu warna off-white jugak. So masa sampai Nagoya around 6 p.m. memang terus ke bahagian lace dan satin dan mata tertumpu kepada kain yang bewarna, bukan putih.

Pilih punya pilih....... punya pilih lagi........ dan a few misunderstanding with him here and there...... pilih lagi............ gaduh skit................ pilih memilih sampai pekerja nagoya tu lari............. yang lain datang............. die blah jugak............. pilih punya pilih........

Akhirnya saya amik kaler purplish-pink dengan lace warna hot pink with dashes of reds here and there. I asked him, 'ok ke warna ni.' He was just, 'takpe, amik je.'

He paid for the cloths and the conquest was officially over. We headed straight to my house because it was already 8. Sebelum dia balik, he was talking to my mum kat perkarangan rumah and they were laughing before he got in his car and drove off.

Quietly before masuk rumah balik saya cuit my mum and ask what were they talking about. My mum just smiled and said, 'Dia kata kome masuk Nagoya dari pukul 6 sampai pukul 8 baru dapat beli sepasang baju. Kesian kat dia, penat menunggu. Kamu ni cerewet betul.'

Terkulat - kulat saya mendengarnye. Memang betul saya cerewet, tapi nak buat macam mana.... saya memang macam tu. XD

Sehingga hari ini, kain dan lace tu ada lagi di rumah. Dalam plastik Nagoya. Belum lagi dihantar pada auntie seamstress yang buatkan baju tunang aritu. Sebab ape nak tempah kat die? Memangla kos upah die agak mahal skit [dulu masa tempah baju tunang die charge RM85], tapi jahitan memang elok dan kemas. Dan kalau nak dibandingkan dengan tempat lain, sebenarnya fee auntie ni memang murah. Hoho~ Syukurlah...

Dan soalan paling penting abad ini, kenapa dok peram je kain tu kat rumah?

Jawapannye:- Design baju masih tak ade!

.

.

.

Kesimpulannya.

Ada 3 bulan lagi sebelum majlis berlangsung. Persiapan? Less than 30%.










Cik Atun: Going crazy...

No comments:

Do jot down your opinion! ^^

Feel free to use any information or images you found in this blog but do credit properly! Thank you. Powered by Blogger.