Si baldu merah, sekali lagi....


Resepi dari Joy of Baking dan frosting dari Kak Rima.

Sekadar perkongsian...

Resepi menggunakan cake flour yang saya tak pernah jumpa di kedai runcit/pasaraya. Kat kedai barangan kek pun tak pernah nampak (ataupun sebenarnya ada tapi saya yang tak nampak). So kita ganti dengan tepung superfine/superwhite. Kalau jenama Blue Key dekat kotaknya ada tulis Tepung Halus Lagi Putih (warna kuning).

Perbezaannya dengan tepung Self-Raising Flour (kalau brand blue key kotaknya warna pink) ialah tepung superfine ni low protein dan tiada kandungan serbuk penaik (baking powder) dan soda bikarbonat.

Tapi boleh juga kalau nak guna tepung gandum biasa, cuma sukatan dia ialah 1 cawan tolak 2 tablespoon tepung gandum untuk 1 cawan cake flour.

Sebelum mula buat kek ni, pastikan semua ingredient seperti telur, butter dan buttermilk berada pada suhu bilik. Dan jangan tak tahu, kek red velvet ni agak manja sikit. Jangan pukul lebih-lebih nanti jadi padat. Haha.

Saya ada buat sikit perubahan juga pada resepi ni selain menggantikan cake flour iaitu mengurangkan jumlah pewarna merah. Saya guna 1 tablespoon je sebab tengok dah merah semacam je batter saya tu. Huhu.

Menyentuh pasal forsting, haritu pernah try buat mengikut resepi Joy of Baking, memang lazat. Tapi disebabkan malas nak beli mascarpone dan whipping cream so saya gunakan resepi dari Kak Rima.

Tapi lepas pukul cream cheese dengan separuh daripada gula yang tertulis dalam resepi, mak oi manisnya! Saya tambahkan lagi 50 gram cream cheese (sebab banyak tu je yang ada) dan tak tambah lagi 200 gram gula. Itupun still manis gila.

Masak kek dulu, lepas kek dah masak and sejuk, masukkan dalam peti ais supaya nanti nak potong 2 senang. Dan kerja-kerja melepa frosting pun senang. Saya tak buat so sebab tu comot sikit. XD

Hasilnya seperti di atas! ^^

Tapi agak ralat sebab guna 9 1/2 x 3 inch springform. Tak berapa nak naik tinggi. Boleh buat 2 lapis je. Huhu. Kalau ikut resepi dia suruh guna dua 9 inch pan so in the end boleh dapat 4 lapis. Takpe, lepas ni nak beli 9 inch pan pulak. LOL.



Cik Atun: Sekadar nak habiskan stok butter.

No comments:

Do jot down your opinion! ^^

Feel free to use any information or images you found in this blog but do credit properly! Thank you. Powered by Blogger.