Kerja Kahwin

Salam and Hi.

Bertemu kembali kita. Haha. Formal pulak.

Hari ni nak bercerita / nak beri pendapat sikit mengenai majlis perkahwinan. Ewah. Mentang-mentang dah lepas majlis kita nak komen banyak pulak ye. Adat manusia agaknya, rumah siap pahat berbunyi.

Saya berkesempatan menghadiri beberapa majlis kenduri yang dibuat oleh saudara mara tak kurang juga sahabat dan juga jiran tetangga. Ada yang mak oi grandnya, ada yang biasa- biasa saja dan ada juga yang simple, terasa macam kenduri doa selamat pun ada.

Majlis resepsi dan bertandang ni sebenarnya nak menghebah-hebahkan bahawa ‘anak saya dah kahwin’ oleh ibu bapa dan sebenarnya dalam kebanyakan majlis, ibu bapa memainkan peranan yang cukup besar dalam kenduri kendara tu.

Majlis kahwin saya pun begitu... Saya berkursus 2 minggu sebelum kenduri so memang saya serahkan bulat-bulat pada mak ayah, buatlah macam mana pun asalkan kenduri jalan. XD

Tapi saya juga ada sedikit rasa ralat berkenaan kenduri untuk beberapa perkara. Yang mana saya boleh berjimat but I decided to splurge, with the ever so unhelpful mantra .

Kahwin sekali je, apa salahnya buat grand sikit!

So baru-baru ni bila saya berkesempatan menghadiri majlis kenduri kawan, rasa terpanggil nak tanya berapa kos kenduri. Dengan dewan, hiasan dewan, katering (yang khabarnya RM35 satu kepala! *pengsan*) dan juga door gift. Tapi saya tak tanya lah kan bagi menghormati tuan rumah. Saya sibuk nak tanya bukannya saya pun yang nak bayar.

Tapi pada saya, berpada-padalah mengeluarkan wang belanja untuk kenduri kendara.

Keluarkan duit lebih untuk makanan, saya setuju. Sebab kita panggil saudara mara sahabat handai rakan dan taulan. Ada yang datang dari jauh semata-mata nak meraikan pengantin. Jadi bila diorang ni datang dari jauh, kita hidangkan makanan sedap, mesti mereka pun suka. Tak adalah nanti keluar statement, aku datang dari jauh tapi ini je yang dihidang? Ha, kalau pengantin dengar terus sentap di situ.

Sekadar gambar hiasan

Keluarkan duit lebih untuk sewa dewan atau sewa khemah, saya juga setuju. Kita nak pastikan tetamu datang rasa selesa, ada tempat nak duduk yang cukup terutama bagi yang bawa anak-anak kecil. Kalau rumah kita tak ada space nak pasang khemah, saya setuju dewan disewa walaupun bila sewa dewan, lebihlah sikit keluar ongkosnya. Sebab kita pun tak nak lah susahkan jiran tetangga. Nak-nak yang ada 4-5 buah kereta, susah diorang nak keluar masuk rumah. 

Keluarkan duit untuk sewa photographer bertauliah juga saya setuju. Sebab ingatan kita semakin hari bukan semakin baik. Kadangkala kita lupa apa yang jadi masa majlis sendiri. So bila ada moments yang diabadikan oleh photographer tu, kita boleh bercerita kat anak satu hari nanti, apa yang jadi masa kenduri kahwin kita. Macam mak saya selalu ceritakan pada saya, cerita di sebalik sekeping gambar mak dan ayah waktu kenduri bertandang. Memang comel. Tapi berpada-pada jugaklah nak cari photographer pun kannnn. Tak perlu ambil yang charge 7-8 ribu kots?

Lagi dua perkara yang saya tak setuju, satunya, keluarkan banyak duit untuk buat baju pengantin nikah-sanding-tandang serta make-up, pelamin lagi. Memang betul, kahwin cuma sekali, tapi sekali tu je awak nak pakai baju tu. Rasanya akan pakai lagi sekali ke baju tu di luar. Tegarkah anda mengenakan baju sanding anda di mana-mana majlis makan malam? Jangan nanti kata;

Taknaklah pakai baju ni, grand sangat.

Unless anda bercita-cita nak jual balik baju itu dengan harga tinggi atau sewakan. Ha, itu bab lain. Kalau sewa 2-3 kali dah boleh dapat modal dan untung sekali ganda, maka anda buat investment yang betul.

Pelamin dan make-up tak boleh nak cakaplah kan, of course semua nak yang cantik, baru best nak posing.

Tapi kan, saudara saudari sekalian, yang cantik itu tidak semestinya mahal. Itu sebabnya sebelum kahwin, buat segala research pasal vendor A, B, C, D, E, F, dan seterusnya. Compare harga, compare mutu kerja, compare PR (hoho, PR penting ya. Kalau harga murah kualiti bagus tapi PR hampeh pun buat sakit hati je). Kalau memang dapat harga yang agak mahal, tanya diri, memang sangat perlu ke aku spend banyak ni? Boleh tak aku kurangkan lagi dekat mana-mana untuk kurangkan harga yang perlu aku bayar?

Itu satu hal. Satu hal lagi, doorgift. Ha... sensitif sikit bab ni. Masa majlis saya pun doorgift bagi dalam goodie bag, macam-macam benda sumbat dalam tu. Kadang-kadang, bila fikir balik, kos beg, kos barang makan, kos benda lain yang disumbat dalam tu, banyak yang saya boleh jimat.

Alah, kedekut sangat!

Ya, saya memang kedekut. Saya juga seorang yang mudah terasa. Masa jalan keluar dari rumah nak ke kereta sebab nak ambil gambar outdoor, saya nampak satu goodie bag saya ada di atas jalan. Meskipun dan kosong (saya assume isinya dah dimakan/simpan), saya sedih tengok goodie bag tu bersepah atas jalan. Saya beli satu beg tu dengan harga 40 sen, kan dah disia-siakan 40 sen tu. Walhal kenduri masih lagi berlangsung.

Ada satu kenduri rakan yang saya hadiri, door gift dia, sebiji tupperware kecil dan di dalamnya ada sepotong kek. Lepas kenduri, sampai sekarang saya masih guna tupperware tu. Nampak tak perbezaannya di sini?

Kenduri yang saya hadiri baru-baru ni, door gift yang diberi bekas ceramic, dalamnya isi gula-gula. Gula-gula habis, bekas ceramik yang mudah pecah tu nak simpan di mana? Puas saya fikir, tapi bila tengok anak saya main ketuk-ketuk atas lantai, atas sebab keselamatan, selamat dua bekas ceramik masuk ke dalam tong sampah.

Entah berapa sen / ringgit tuan rumah beli bekas tu. Tapi maaf, saya terpaksa buangkan.

So moral of the story, jangan keluarkan duit yang banyak untuk doorgift. Kalau nak splurge jugak, carilah sustainable alternatif supaya si penerima boleh recycle, guna balik doorgift yang anda beri.

Okay, dah panjang macam esei. Elok saya berhenti kat sini.

Pesanan penaja, majlis kenduri ni one-off, kalau boleh janganlah keluarkan duit banyak sangat untuk pastikan majlis anda tu grand. Simple but sweet kan ok... duit yang lebih tu anda boleh buat bayar muka kereta/rumah, persediaan nak dapat baby, buat pelaburan emas, the possibilty is endless.

Lagi bagus kalau anda ada buat budget. Work within the budget dan ikut dengan berdisplin budget yang telah anda tentukan tu. InsyaAllah, anda tidak akan membazir. Membazir itu amalan syaitan. Keputusan di tangan anda.



Cik Atun: Unless anda memang ada banyak duit dalam bank, berkepuk-kepuk tak terusik maka silakanlah guna duit tu. Haha.

No comments:

Do jot down your opinion! ^^

Feel free to use any information or images you found in this blog but do credit properly! Thank you. Powered by Blogger.