Sesal Kemudian Tiada Berguna

Ada masanya, kadang-kadang, bila baring renung siling, rasa menyesal masa study di UK dulu tak buat sesuatu. Oklah, bukan sesuatu tapi banyak satu. Eh. Bukan. Banyak perkara.

1. Tak beli barang-barang untuk baking, yang sememangnya mahal dekat Malaysia. Contoh. KitchenAid/ KMix, silicon bakeware, Wilton pans, etc. Kat sana boleh dapat murah. Kat sini dah mahal nak mampus tak padan dengan harga. Nak pakai sekali dua je sebulan.

2. Tak borong periuk belanga Tefal. Padahal member serumah awal lagi dah advise supaya beli. Tapi saya buat dono je.

3. Tak borong barang Ikea yang kecil-kecil tu. Yang murah kat sana tapi melambung mahal dekat sini. T_T

4. Tak borong handbag/kasut/baju masa sale Boxing Day/sale biasa yang lain.

5. Tak buat duit dengan buka kedai di facebook, beli macam-macam barang waktu sale and jual pada harga jauh lebih murah dari pasaran Malaysia.

6. Tak stay jalan-jalan dekat UK waktu summer.

Tapi bila fikirkan pulak, kalau saya buat benda-benda ni semua, saya tak dapat...

1. Simpan duit pergi melancong di UK dan Europe.

2. Simpan duit nak beli tiket flight nak balik Malaysia waktu summer.

3. Simpan duit dan beli barang untuk famili sebelum balik cuti summer.

4. Berpuasa dengan famili di Malaysia walaupun kena balik UK tiga hari sebelum raya.

So in the end, kalau diberi peluang untuk ke UK lagi dengan keadaan yang sama, saya tetap akan buat perkara yang sama, iaitu simpan duit beli tiket flight dan berpuasa dengan mak ayah di kampung.

Family comes first untuk saya! Sebab kalau duit berkepuk pun tapi family sendiri tak jaga, tak ada guna.



Cik Atun: Rindu nak ke UK lagi!

No comments:

Do jot down your opinion! ^^

Feel free to use any information or images you found in this blog but do credit properly! Thank you. Powered by Blogger.