Mak ai, mahalnya!

May 16, 2013
Bersiaran kembali.

Beberapa hari lalu berkursus di Pulau Pinang. Teringin juga nak rakamkan kejadian-kejadian yang berlaku tapi agak malas di situ sebab baru perasan tak snap banyak gambar. Huhu. Sedih. Adalah beberapa snap, dalamdua je pon, itupun gambar Haifa dan ayahnya je. Gambar mak takde.

Harini masuk pejabat. Tiba waktu makan tengahari, dengan malasnya bawa keluar duit RM10 dari dalam beg dan pergilah berjalan seorang diri ke kantin. Dah 2 hari makan free lah katakan, rasa macam tak best kena keluarkan duit nak makan (dasar kedekut!). Setibanya di kantin lepas ambil nasi lauk dan nak bayar, tak pasal-pasal makcik kantin kena sound.

Sebab masa tu, saya rasa, harga yang dia beritahu... sangatlah overpriced.

Saya makan macam di bawah je kot.

Air suam, seketul bergedil, ayam cinonet masak paprik beserta carrot

Bila tanya berapa harga, dia cakap 5 ringgit.

I was like,

5 ringgit??????

Kenapa sampai 5 ringgit? Bukannya banyak sangat pun. Makcik kantin tu pun bagitaulah...

Ni ayam RM2.80, bergedil RM 1, ni carrot...

Dengan pantas saya potong ayat dia,

CARROT pun nak kira??? Padahal masak sekali dengan ayam paprik je pun!!!!

So tetiba makcik tu macam tergamam sikit pastu cakap...

Yelah, yelah, 4 ringgit jelah.
 
Bila fikir-fikir balik, adakah saya betul dengan mempersoalkan harga makanan tu? Sedangkan saya pun tahu beberapa barang dapur memang agak mahal sekarang ni. Huhu.

Oklah. Meh kita kira balik. Nasi RM1. Bergedil RM1. Dah RM2. Kalau ayam cinonet tu.. rasanya sepatutnya tak sampai RM2.50 pun... Oklah, katalah kira RM2.50 sebab dek carrot tadi kan. Dah RM4.50. Huhu.

Ala makcik, sekali sekala sedekahlah dekat orang yang kedekut macam saya ni.



Cik Atun: Kerana mulut badan binasa.

No comments:

Do jot down your opinion! ^^

Feel free to use any information or images you found in this blog but do credit properly! Thank you. Powered by Blogger.