Gula oh Gula!

Hari ni nak cakap sikit pasal gula. Ya, gula!

Gula adalah musuh negara. Sebab? Kerana subsidi gula, satu Malaysia huru hara! Padahal bagi saya, adalah tepat tindakan kerajaan mengurangkan subsidi gula kerana secara tak langsung orang Malaysia boleh berjimat cermat menggunakan gula di rumah. Bak kata kempen Kementerian Kesihatan Malaysia, satu sudu sudah cukup!

Tapi saya agak ralat apabila kedai-kedai makan menaikkan harga makanan mereka dengan alasan,

Harga gula naik!

Kenapa tak nak gunakan otak? Kalau dah harga gula naik, kurangkanlah sahaja kandungan gula dalam minuman/masakan. Buat banner besar-besar yang berbunyi;

Oleh kerana harga gula telah naik, kami akan kurangkan jumlah gula dalam minuman dan masakan.

Kan senang. Lagipun, anda akan jadi lebih adil kepada customer yang minta minuman kurang manis. Harga air kau naikkan sebab gula, tapi untuk customer yang minta kurang manis macam mana? Kau nak kurangkan sekupang dua untuk customer tu ke??? Takde punya. RM1.50 takkan turun jadi RM1.20.

Ini hal gula pasir saja. Macam mana dengan gula dalam bentuk yang lain yang kita makan setiap hari? Adakah kita tahu berapa banyak kandungan gula per 100g yang kita makan/minum?

Kempen KKM pun sangatlah over simplify sebab gula yang kita makan tiap-tiap hari bukanlah gula pasir semata. Dalam nasi, roti, buah-buahan, sayuran, semua ada gula. Tapi ianya dalam bentuk yang natural. 

So gula pasir ni termasuk dalam golongan 'Added Sugar' bak kata Dietary Reference Intake (DRI). Contoh lain added sugar ni macam madu, sugar added dalam processed food, air minuman berkabonat dan macam-macam lagilah.

Sepatutnya kalau ikutkan WHO (2003), added sugar yang dibenarkan dalam sehari adalah kurang 10% daripada jumlah kalori sehari. Macam mana nak tahu berapa kalori kita makan sehari? Dekat sini kita boleh golongkan diri kita kepada 3 kategori. 

1. Kurang aktif (pekerja pejabat yang duduk di komputer tak bergerak, jurujual yang duduk di kedai tak bergerak - you get the point, warga emas)
2. Sederhana Aktif (guru, jururawat, juruteknik, etc)
3. Sangat aktif (tentera/polis di lapangan, pekerja binaan etc).

Golongan pertama, kurang aktif, keperluan kalori sehari adalah 1800 kcal setiap hari. Sederhana aktif perlukan 2000 kcal sehari dan yang sangat aktif perlukan antara 2500 - 3000 kcal sehari. Katakanlah kita ambil purata kalori yang diperlukan adalah 2000 kcal, maka gula tambahan yang diperlukan adalah 200 kcal sehari.

1 sudu teh gula menyumbang kepada 20kcal. 200 kcal adalah 10 sudu teh. 

1 sudu teh bersamaan 5 g gula. 10 sudu teh, 50 gram gula.

Makanya, gula tambahan yang boleh dimakan adalah 10 sudu teh sehari (50 g). Katalah pagi dah pekena air teh O ais - selalunya kalau tanya makcik kantin, gelas besar dia hentam 4 sudu gula, gelas kecil 3 sudu, so disitu kita hanya ada lagi 6 sudu untuk cukupkan kuota. Iaitu 30 gram. Kalau pesan teh ais? Tambah lagi 2 sudu susu pekat manis. Dah tinggal 4 sudu gula (20 g) je kita boleh ambil. Itu tak masuk yang kita makan biskut ke dan ada berapa gram sudu satu serving, tambah dengan minuman isntant tak kiralah milo ke, horlicks ke, nescafe ke.

Tak masuk lagi kalau tetiba rasa teringin nak minum jus oren. 

Dan untuk pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan, air Pepsi (contoh aje) sebanyak 500 ml mempunyai 13 sudu teh gula. T_T Kalau dah minum Pepsi 500ml, dah terlebih dah keperluan gula dalam sehari ikut saranan WHO.

Nak dijadikan cerita, pagi ni saya rasa teringin nak minum air milo instant. Dah bancuh siap, saja lah tengok packaging dia. Nah ambik kau. 14.9 g gula...

Bersamaan 3 sudu teh... XD
Padanlah berat aku stay je dalam lingkungan angka keramat itu. Engkau punya kerja lah nih.

Belum cerita pasal sugar intake for infants / toddlers lagi. Haha Kalau cerita kat sini, tak panas sangat sebab takde sapa baca pun blog ni. Haha.

Just for everyone's info, terutama mak-mak muda macam yours truly... bila nak suap anak dengan Vitagen, Calci-yum dan apa-apa yang sama waktu dengannya, ingatlah gambar ni.

Sumber: HSFFYB Facebook Page



Cik Atun: Mari kurangkan makan gula!

No comments:

Do jot down your opinion! ^^

Feel free to use any information or images you found in this blog but do credit properly! Thank you. Powered by Blogger.