Dedak?

April 30, 2013
Salam and hi kepada semua yang membaca.

Hari ni rasa macam diseru-seru untuk coretkan sesuatu dalam blog ni. Almaklumlah kan... dah lama juga tak mengirim khabar berita. Hew hew.

Saya memang tak berapa nak pandai nak update pasal buat apa, makan apa semalam, beli baju apa, macam blogger-blogger retis di luar sana. Blog saya ni lebih kepada luahan hati dan perasaan dan juga kadangkala nak juga sekali sekala abadikan apa yang berlaku dalam hidup saya. Kot kot nanti dah semakin tua, lupa segala. Bolehlah buka blog ni dan baca, mudah-mudahan masa tu masih ingat username dan password blogger, takpun masih ingat URL. XD

Ok, panjang pulak mukaddimahnya. 

Hari ni nak cerita pasal sesuatu yang agak menggganggu saya. Bukanlah mengganggu sampai tak boleh tidur, just... teringat-ingatlah sekali sekala kan. 

Hal ni pun ada dikongsi oleh blogger Husna Hadzarami dekat post dia The Dark Side of Private Groups. Masa baca post tu, saya nak je titipkan my point of view tapi masa tak mengizinkan. Lepas tu lupa. *_*

Tapi, instead pasal mengutuk suami, mertua, keluarga, sahabat handai ni serta kehadiran si batu api yang telah disimpulkan dengan begitu baik oleh Husna, saya just nak share my opinion about pemakanan baby and toddler.

Memang few parents agak lenient about what they feed their child. Dan bila kita tegur untuk tidak memberi gula dan garam kepada infants 0-12 months and toddler 1-2 years, ada yang jawab, 

Anak aku, suka hati akulah nak bagi makan apa.

Tak kurang juga yang memberikan diet low fat kepada anak-anak dan juga minuman kesihatan. Memang sebenarnya agak ooooppsss moment di situ tapi apa boleh kita buat adalah tegur secara baik. Try to educate the parents with right information and scientific findings. Vaccination pun macam tu.

Tapi sebenarnya saudara saudari, part kita habis di situ. Tak perlu nak tokok tambah mengapi-apikan dan memberi komen yang jelas boleh membuatkan seseorang itu menjadi defensive.

Contoh la kan.

Tak boleh bagi shake kepada kanak-kanak. Ia lebih kepada low fat diet yang boleh menjejaskan tumbesaran dan pertumbuhan kanak-kanak bawah 18 tahun. Sila rujuk research ini, bla bla bla.


Point taken. Terima kasih kerana berkongsi. Saya akan ingat fakta ini sampai bila-bila.

Tapi ahli yang lain tu tak perlulah nak tambah.

Reply 1: Saya ada tengok kawan bagi anak dia makan shake. Dengan bangga post dekat facebook.

Reply 2: Eeeiiii... dia tu tak faham bahasa ke. Sanggup bagi anak makan dedak.

Reply 3: Agaknya dia tak faham apa yang tertulis dekat post ni kot.

I mean... what derrrr....

Instead of panjang lebar meng'komen' dan membuatkan sikap batu api dalam diri yang lain-lain dalam private group itu diaktifkan, bukankah elok anda tekan butang share dan share kepada jaringan kawan-kawan anda? Anda akan dapat pahala...

Buat apa menambah dosa?

Lagi satu. 

Dedak tu makanan haiwan. Tak perlulah kot samakan shake tu dengan dedak, walau sebenci mana anda pada serbuk berprotien tinggi tu. Lagipun dedak diperbuat daripada banyak jenis tepung dan minyak, macam tepung gandum, tepung kacang dal, minyak sayuran, dan lain-lain lagi.

EH. Ingredient dedak sama lah dengan apa yang kita selalu makan. Kalau buat cucur, maknanya kita makan dedak juga la ek? Erk.



Cik Atun: Lega rasanya dapat luahkan kat sini.

No comments:

Do jot down your opinion! ^^

Feel free to use any information or images you found in this blog but do credit properly! Thank you. Powered by Blogger.