Alkisah Aeon Station 18

1:04:00 PM

Salam and hi...

Entri kali ni bukan bertujuan untuk memburuk-burukkan Aeon tapi kita kena tahu hak kita sebagai pengguna ye...

Alkisahnya satu hari ada seorang emak yang semangat nak beli unsalted butter sebab nak try buat puding roti untuk anaknya yang setiap hari makan nasi, nasi, dan nasi.

Tapi faham-faham ajelah, unsalted butter kan mahal, so survey bagai yang mana murah dulu lah. Kalau mak bapaknya makan Buttercup / ButterLite jer... hahha. Sungguh tak health conscious langsung.


In the end, sebab anaknya pun dah meragam, taknak duduk atas stroller, duduk atas trolley pun tak nak, nak berdukung sebab mengantuk, jadi maknya pun cepat-cepat grab je Tartura Unsalted Butter yang beharga RM7.98 waktu itu.

Sampai kat rumah, maknya masukkan barang-barang yang perlu masukkan dalam peti sejuk cepat-cepat termasuklah ayam, butter, dsb. Tetiba!

Eh? Apesal butter ni cepat sangat expired ni?

EH? Hari ni berapa haribulan? 24 bulan 2?

EHHHH??? Dah expired????

ABANG!!! MACAM MANA NI BUTTER EXPIRED  22 HARIBULAN HARITU!!!!

So terpaksalah keluarga itu ke Aeon Station 18 sekali lagi petang itu, semata-mata nak pergi tukarkan butter yang dah expire tu... Semasa sampai encik suami pun check resit lalu terkejut.

Mak aiii... butter pun sampai 8 ringgit!

Itulah orang nak pegi tukar ni...

^^;

Maka mereka pun berjalanlah ke kaunter Customer Service di ground floor dan menemui salah seorang petugas kaunter pada hari itu.

Cik, saya punya butter ni baru beli pagi tadi, saya tak perasan masa ambil. Dah expired ni.

Minta resit... pagi tadi bayar dekat kaunter mana ek? *belek-belek resit* Cik bayar kat kaunter 9, kalau nak tukar pun pergi kat sana.

*raised eyebrows all around*

Apa guna dia tercongok kat situ kalau semua benda kita jugak kena buat?

Entahnya!

Terlihatlah betapa ramai orang beratur di kaunter berkenaan. Si emak tadi mendekati petugas kaunter lalu repeat balik apa yang dah diberitahu pada Customer Service tadi. Entah nak kata rezeki or tak, seorang lelaki (maybe lagi tinggi pangkat daripada cashier kot) lalu dan cashier tu panggil dia.

Encik Farid!!! Ada customer nak tukar barang!

Dan pergilah anak beranak membontoti Encik Farid ke rak yang menempatkan butter-butter tersebut. Nasib baiklah Encik Farid ni very helpful and apologetic. Kalau tak nak je aku sekeh Aeon dan sepupu sepapatnya. Eh? Berbalik kepada emak dan bapak dan anak tadi.

Sampai di rak itu, Encik Farid pun ambil satu butter dan tengok expired date.

Dah expired dah Encik Farid...


EH. Expired jugak. Tengok lagi, expired. Lagi, expired. Semua expired.

Tangan si bapak interframe.


Last-last dia terpaksa ambil dari dalam dan bagi pada si emak yang dah naik geram.

Ambik je gambar, tulis la dalam blog. Apelah, yang dah expired pun masih ada dekat shelf. Nampak sangat tak check stock.

Dan inilah post itu.

Maaf overdue sangat post ini. Tapi moral of the story????

1. Apa guna Customer Service kalau customer sendiri kena pergi ke shelf, cari barang untuk tukar. Engkau yang duduk customer service tu buat apa? Setakat nak jadi cashier untuk orang beli barang macam air mineral baik tak payah.

2. Sila check expired date sebelum beli.



Cik Atun: Geram je bila pikir balik. Hmph.

You Might Also Like

2 opinions shared

  1. i pun terkena beli unsalted butter kat giant.. dah xpired sampai dah bercendawan butter tu!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. cendawannnnnn???? kira my case ni ok lagi la ek sebab baru terlebih 2 hari. haha.

      teruk betul la diorang ni, at least check la stok yang ade, ye tak?

      Delete

Do jot down your opinion! ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

moments to remember

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Angel and Memorial tickers

Like me on Facebook

Followers