Terima Kasih Encik Roslan!

Khamis lepas, saya sekeluarga balik ke kampung saya sementelah seluruh Perak bercuti menyambut kelahiran Sultan Azlan Shah. Dalam perjalanan kami singgah di MRSM Parit untuk pick up adik saya yang juga dapat pulang bermalam.

Disebabkan kami dah pusing ke Parit, jadinya takkan nak patah balik ke Ipoh nak naik highway ke Kuala Kangsar. So kami guna jalan kampung melalui Manong untuk ke sana. Nak dijadikan cerita, sedang hubby sedap buat lap (siapa yang biasa lalu jalan Parit-Manong mesti tahu), tiba-tiba bunyi pom! sreeeeeettttt!

Hubby kata stereng jadi berat. Sahlah tayar pancat.

Sudahlah waktu tu jam 7 lebih, nak Maghrib, kereta tak banyak lalu lalang. Hubby bawak keluar semua perkakas and tayar spare, dengan harapan boleh tukar tayar. Punyalah cuba sedaya upaya, nat dekat tayar tu tak gerak langsung! Berpeluh-peluh dia. T_T

Dalam panik saya call call iCare Proton, dia boleh buat lawak cakap kalau pasal tayar, insurans yang cover.  

Wei, hello! Kitorang dah terdampar dekat hutan banat mana tak ada orang nak tolong ko boleh suruh aku call insurans????????????????????????????

Sabo ajelah.

Last-last saya call ayah, sambil tu hubby tahan motor yang lalu tapi motor tu pergi terus je. Once saya dapat call ayah, motor yang lalu terus tadi datang balik, terus pergi dekat hubby and tanya apa boleh tolong. Nama encik tu Encik Roslan, dan memang saya takde ambil gambar apa-apa sebab tengah panik. Haifa pula asyik nangis sebab ditinggal dalam kereta dengan adik saya je.

Encik Roslan tolong kami tukarkan tayar sampailah dah boleh alihkan jack. Saya beritahu dia,

Terima kasihlah encik, sebab berhenti tolong kami.

Dia ketawa aje, tapi mungkin dia tak tahu, saya betul-betul maksudkannya. Saya bukannya tahu nak tolong tukar tayar untuk tolong hubby kan. :'-)

Sebelum saya lupa jasa baik beliau, sekali lagi saya ucapkan, terima kasih Encik Roslan. Semoga keluarga encik dilimpahi rahmat Allah selalu, dimurahkan rezeki dan dilapangkan segala kesempitan.

You restored my faith in mankind. Thank you.



Cik Atun: Ralat sebab tak tanya dekat mana Encik Roslan duduk... terima kasih Encik Roslan!

No comments:

Do jot down your opinion! ^^

Feel free to use any information or images you found in this blog but do credit properly! Thank you. Powered by Blogger.