Home Sweet Home: Haifa's Drawers

February 27, 2013
Salam and Hi.

Dah lama rasanya tak menulis pasal rumah. nak sambung pasal kitchen cabinet dan finishing touches tapi sangatlah malas. Tidak ada motivasi.

Tapi hari Sabtu lepas, kami sekeluarga keluar membeli barang dapur untuk minggu ini di Tesco dan Aeon Station 18. Waktu itu sale sempena CNY masih lagi berjalan, lagipun hari Ahad barulah kaum Cina menyambut Chap Goh Meh. Jadi saya dan suami pun menggunakan peluang-peluang yang ada untuk dapatkan barang-barang dapur pada harga yang lebih murah. Hehe.

Masa kami di Aeon, saya diberitahu oleh mak drawer plastik yang saya cari untuk muatkan baju Haifa ada sale di Tesco, dalam RM50 sahaja untuk lima tingkat. Sebenarnya dah lama saya cari dan cari option paling murah tapi robust, tapi masih belum berjumpa.

Alkisahnya memang hajat di hati nak beli drawer kayu, hati berkenan pada Aneboda Drawers oleh IKEA, yang saya pernah pakai masa di UK. Besar dan kedalaman laci dia memang agak sesuai nak simpan baju baby, tapi apakan daya. Nak pergi IKEA sahaja dah dua jam, nak angkut almari tu lagi...

Berkenan pulak tengok warna putih. Yang saya pakai di UK, kayunya warna coklat.

In the end, saya bagitahu suami, kita beli dululah drawer plastik sementara dapat cari drawer yang seangkatan dengan Aneboda di Ipoh, dengan harga yang lebih kurang sama atau lebih murah.

Pada mulanya Hubby macam tak berapa nak setuju sebab nanti takut semak bila dah beli almari khas untuk Haifa tapi... bila dia tengok sendiri aksi Haifa 'mengemas' baju-bajunya yang saya letak dalam bakul dan buat mop lantai, dia terus setuju. Huhu.

Dan berapa lama pun nak simpan baju Haifa dalam bakul kan? Dia pun dah nak dekat setahun, bakul tu dah tak dapat nak menampung pertambahan baju-bajannya yang baru. Haha.

So off to Tesco we went to get the drawer. Angkut warna ungu sebab Hubby kata warna ungu lagi cantik. Oklah abang.

Sampai rumah saya pun memulakan tuga smengemas dan mengasingkan apa yang perlu. Saya keluarkan 2 bakul Haifa dan mula asingkan t-shirts, pants, napkins, towels, socks. Dalam bakul ni rupanya banyaaaakkkk baju-baju yang Haifa dah tak boleh nak pakai pun. Baju-baju ni saya asingkan dan letak di tepi.

Setelah mengharungi dugaan (Haifa 'tolong kemas' dan ambil napkin/baju dia buat mop lantai) dan distraction (masak makan malam), akhirnya lepas beberapa jam siap juga saya mengemas. Memang sangat seronok tapi.... entah kenapa terasa ada yang tak lengkap.

Malam tu sambil menyusukan Haifa sebelum tidur, saya fikir dan fikir. Fikir sampai tertidur. Haha. Esoknya bangun pagi, mamai-mamai saya ukur bahagian depan drawer dengan borang peraduan Dress Up Your Baby anjuran Aeon. Kreatif betul. XD

Sampai saja di pejabat, saya punggah laci peribadi saya dan tadaaa.... Ingat tak post ini? Ya, saya beli decal ini.

Inilah blackboard decal itu! Gambar pinjam dari Groupon.

Waktu lunch orang sibuk pergi makan saya pula sibuk memotong blackboard wall decal ni kepada saiz yang saya dah ukur dengan kertas peraduan pagi tadi. Saya potong cukup-cukup 5 bahagian, ada satu bahagian lebihan tak tahu nak guna dekat mana. Tak apa. Ada idea nanti, adalah rumah decal tu.

Balik rumah saya terus bersila depan drawer dan mulakan kerja memasang decal. Saya ada ambil gambar sebelum, dalam progress dan selepas. Saya tak tahu macam mana rupa saya yang excited tapi I think I was too giddy that even Hubs was bewildered. LOL

Wait for it....

Gambar gegar sebab terlebih excited

Yeay! Inilah hasilnya. Tak semenggah mana tapi saya happy. ^^




Cik Atun: Tak sabar nak buat deco lain bila hati senang macam ni.

No comments:

Do jot down your opinion! ^^

Feel free to use any information or images you found in this blog but do credit properly! Thank you. Powered by Blogger.