Cuti - Cuti Terengganu: Day 2

February 19, 2013
Bangun pagi kami terus ke AZ Selera Timur di Bandar Kuala Terengganu untuk menikmati makan pagi. Kedai ni MIL/mama yang cadangkan sebab dulu masa SIL menuntut di UMT, kedai ni jadi pilihan diorang menjamu selera.

Masa sampai memang ramai orang, so saya lega la jugak sebab selalunya ramai orang = sedap. Walaupun saya tak makan nasi dagang/nasi kerabu kan, still boleh layan nasi minyak. Heheh.

Saya order nasi minyak daging, RM5.00. Selepas dalam 5 ke 7 minit menunggu, sampailah makanan. Dengan lafaz Bismillah, saya pun ngap la kan, apa lagi. Sedihnya rasa bila nasi minyak yang diharapkan tidaklah sesedap mana. Nasi agak keras bagi saya yang suka nasi lembut ni. Rasa minyak je banyak, rasa lain agak kureng di situ.

Nasib baik daging kari dia bolehlah tahan, lembut je isi tapi bila makan dengan nasi keras, still rasa tak best sebab the main dish tu nasi kan. Kalau nasi dah tak sedap, lauk pun jadi tak berapa nak sedap. Oleh kerana makan kurang best, maka tiada gambar diambil. Lagipun makan cepat-cepat sebab nak gilir-gilir jaga Haifa.

Lepas makan kami pusing-pusing KT sekejap kemudian terus menuju ke Dungun untuk memenuhi jemputan walimatul urus Cik Fatimah (dah jadi puan la dah sekarang. Haha). Haifa pun dah tidur waktu ni, jadi kami memang tak berhenti mana-mana. Cuma hubby sekali sekala bawa kereta perlahan dekat area Kelulut, Marang sebab nak cari satu kedai keropok losong yang dikatakan sedap dekat area tu.

Perjalanan ambil masa lebih kurang 1 jam lebih ke rumah kenduri di Kg. Baru Kuala Abang. Dek kerana emergency dan tak jumpa stesen minyak, kami terpaksa singgah di masjid berdekatan sebab nak tumpang tandas. Huhu. Masa masuk ke perkarangan masjid, kami Nampak sepasang pengantin baru nak keluar dari masjid, dan lagi sepasang baru masuk ke dalam. Yang keluar tu Puan Fatimah dan cinta hati ler, tapi sebab saya segan nak pergi dekat kami tengok je dari jauh.

Silap juga kami tak tunggu untuk konvoi bersama pengantin sebab lepas masuk je ke simpang, sesat larat kami dalam kampong tu, ntah ke mana-mana GPS bawak! Huhu. Kami ikut je GPS yang diberi dalam kad pengantin, so agak pelik di situ. XD

Mujur Hubby memang pandai bab navigate jalan ni, akhirnya kami sampai serentak dengan pengantin di rumahnya. Haha. Gambar pengantin saya tak snap sebab entahlah, terlupa. Huhu. Makan-makan, sembang sikit dengan pengantin dan tengok kiri-kanan, kami pun berangkat pulang.

Naturally Haifa dah tak mau lah tidur, sebab dia dah puas lelap masa perjalanan datang. So kami berkesempatanlah singgah ke Kedai Keropok Lekor 008 di Kelulut sebelum ke tepian Pantai Kelulut lepak-lepak makan keropok. Tiada gambar kedai diambil sebab sibuk main dengan Haifa dalam kereta sementara tunggu mama dan Hubby pegi beli keropok.

Main dengan Ah Bear dalam kereta

Sampai ke pantai, semua orang makan dan makan. Saya makan la sebatang dua keropok. Tak lalu hati nak makan banyak-banyak sebab Haifa terkecap-kecap mulut nak rasa. Sebab keropok lekor ni dibuat daripada tepung sagu kan, takut pulak nak bagi dia makan.

Lepas makan kami tangkap dua tiga keping gambar, sekadar kenangan. 

Mak moks-moks terlebih excited

Paling suka gambar ni, sebab masa ni Hubby tengah tunjuk pada Haifa laut yang sungguh bergelora. Sambil kata, nanti kalau ada rezeki... kita pergi mandi ya, tapi bila ombak tak besar dan tak berangin sangat macam harini!

Pantai Kelulut, Marang, Terengganu

Sungguh, hari itu angin kuat betul... Memang nyaman sebab pukul 3 pun tak panas langsung, tapi hujan rintik-rintik memang tak berapa best la nak bawa anak kecil berjalan.

Sebelah malam kami pusing-pusing bandar KT lagi, mencari kedai makan yang lagi best tapi apakan daya, memang tak berapa nak tahu jalan sangat. GPS ada pun macam tak guna. Haha. Nama je updated map tapi map di sebelah Pantai Timur ni memang tak up-to-date sangat. Jalan sehala jadi dua hala, ada lorong jadi tak ada lorong. Haih, pening!

Lepas penat berpusing-pusing, kami ke kawasan dekat UMT untuk makan seafood (konon). Order nasi putih, tomyam, ikan siakap tiga rasa, kailan ikan masin, udang dan sotong celup tepung dan kerang rebus. Jujur saya katakan, saya pernah makan lauk pauk sama yang lebih sedap daripada ini. So rasa tak excited sangat pun nak ambil gambar makanan.

Lepas makan, kami ke KT sekali lagi, kali ini singgah di Dataran Syahbandar. Kebetulan waktu itu ada Thai Festival di dataran tersebut, maka kami pun pergilah tengok-tengok apa yang dijual. Bagi saya yang memang agak selalu tengok masakan Thai ni, tak ada apa-apa yang menarik sangat. Kalau setakat nak jamu mata, bolehlah.

Lepas penat menjamu mata, kami pulang ke pangkal jalan. Hehe. Badan penat sebab travel ke sana sini tapi best jugak lah tengok negeri orang yang pesat membangun.



Cik Atun: Kali terakhir ke Terengganu tahun 1999. Selepas lebih 13 tahun, KT memang banyak berubah!

No comments:

Do jot down your opinion! ^^

Feel free to use any information or images you found in this blog but do credit properly! Thank you. Powered by Blogger.