Akibat bayi dilambung...

11:16:00 AM

Hati siapa yang tak terusik bila tengok bayi berusia 4 bulan dilambung macam bola, dihentak atas toto nipis di ruang tamu?

Saya tak mahu komen panjang mengenai amah yang dihukum 15 tahun penjara itu, atau mengenai keadaan kesihatan baby Hareez kerana saya bercakap pong pang pong pang di sini pun, tidak ada apa-apa kesan pun pada sesiapa pun.

Saya hanya boleh doakan baby Hareez cepat sembuh dan tidak alami kecederaan serius...

Cuma saya terpanggil nak kongsi pendapat saya mengenai satu komen di laman sosial, yang saya kira dibuat tanpa berfikir panjang. Komennya berbunyi lebih kurang begini.

Dah tiba masa ibu-ibu bekerja untuk berhenti kerja dan jaga sendiri anak-anak. Kalau perlu, bekerjalah dari rumah. Rezeki itu ada di mana-mana.

Wah. Sungguh bombastik idea itu.

Tapi mungkin si penulis status tersebut tidak tahu, bukan semua ibu bekerjaya khususnya ada privilege untuk suka-suka berhenti kerja apabila menimang cahayamata.

Dan untuk pengetahuan si penulis juga, betapa ramai wanita bekerjaya, apabila mendapat anak, setiap hari terasa macam nak resign bila tengok anak menangis tak mahu ke rumah pengasuh/nursery. Tapi kenapa kami (ya, termasuk saya) tidak boleh resign?

Kami ada komitmen sendiri, ada kesusahan dan kepayahan untuk terus bekerja, walaupun dalam hati meronta-ronta nak tengok anak membesar di mata sendiri, nak suapkan makanan yang dimasak sendiri kepada anak-anak.

Sejujurnya tindakan mengeluarkan komen itu adalah sungguh tidak berperikemanusiaan bagi saya. 

Anda mungkin bertuah, diberikan kesempatan oleh Yang Maha Esa untuk resign daripada kerjaya lama untuk menjadi stay-at-home-mum. Saya cemburu dengan rezeki yang diberikan oleh Allah untuk anda.

Tapi itu tidak memberikan anda hak untuk mengeluarkan komen yang mengguris perasaan dan hati nurani orang lain.



Cik Atun: Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

You Might Also Like

2 opinions shared

Do jot down your opinion! ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

moments to remember

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Angel and Memorial tickers

Like me on Facebook

Followers