7 months and counting!

February 05, 2013
Pejam celik pejam celik rupanya dah 7 bulan kami berpindah ke teratak kecil kami. Alhamdulillah, Allah lancarkan segala urusan dan permudahkan segala yang sukar, syukur.



Buat setakat ni, sebenarnya tak ada perkembangan pun di rumah. tak beli perabot baru, perabot mana yang ada, mana yang dibeli sebelum masuk rumah, yang itu sajalah ada sekarang. Oh, mungkin kecuali 2 benda,

Kerusi makan Haifa yang boleh jumpa dekat mana-mana kedai makan.

Step stool untuk orang rendah macam saya!

courtesy daripada husband yang kena paksa pergi Ikea bila dia sepatutnya sibuk berkursus di Shah Alam. Haha.

Kerusi Haifa tu tak berapa nak guna sangat masa awal-awal beli sebab... dia sibuk nak tolak pakai tangan, tension je sebab takut dia jatuh. Sebab dia bukannya pandai sangat imbang badan lagi... Sudahnya baru-baru ni je pakai balik, sekali sekala ada juga terbit perasaan bersalah dekat hubby yang beria pegi beli, tapi anaknya tak pakai sangat pon. T_T

Step stool tu hubby beli atas dasar kesian tengok saya terjingkit-jingkit nak capai kabinet atas dekat dapur. Oh ya, saya tak pernah lagi tunjuk gambar dapur kan. Hehe. Memang tak akan disiarkan buat waktu terdekat sebab tersangatlah tidak organised dan sedikit bersepah.

Saya dah try macam-macam nak bagi table top itu clear, tapi lepas kemas hari Sabtu, malam Ahad sudah mula penuh dengan barang. Tak tahu mana datang. XD

Maybe saya memang seorang yang tak pandai mengemas kot. Ataupun saya ada terlalu banyak idea tapi tak tahu macam mana nak realisasikan.

Sememangnya hajat hati nak kemaskan dapur macam dalam IHeart organizing, tapi bila nak pegi beli bekas-bekas nak simpan barang, terasa macam alahai, mahalnya semua ni. Guna ke nanti? Kalau tak guna rugi! <--- belum apa-apa dah patah semangat. 

Bukan apa, budget sekarang ni memang dah takat bahaya, dah lepas daripada hidung dah, nak bernafas pun terasa susah. So kena prioritise. Jadi apabila satu hari nanti (lepas KWSP dah tak potong lah kot), saya nak fikir cara terbaik dan termurah untuk organise dapur kesayangan saya ni. 

Kabinet dah buat mahal-mahal tapi under utilised, kata hubby. XD Ye sayang. Nantikan budget stretch dalam tiga empat bulan lagi ye. 



Cik Atun: Permurah dan permudahkan rezeki kami, ya Allah!

No comments:

Do jot down your opinion! ^^

Feel free to use any information or images you found in this blog but do credit properly! Thank you. Powered by Blogger.