Merasa Durian Crepe

January 15, 2013
Semalam masa hubby sampai untuk jemput saya di pejabat, masuk je kereta hubby hulurkan satu plastik warna merah.Saya pun tengok ajelah isinya dan terkejut seketika.

Durian crepe!

Durian crepe montoks.

Memang dah agak lama sebenarnya saya dok cakap kat hubby nak try, tapi selalunya saya akan kata nak try durian pancake. Sebabnya everytime lalu dekat Sweet Chat Cafe di Aeon Station 18, mesti nampak poster durian pancake. Hehe.

Berkali-kali jugak hubby nak belikan, tapi berkali-kali jugak saya kata taknak. Bukan apa, saya ada search di internet haritu pasal durian pancake di Sweet Chat ni... RM8.90 untuk 3 ketul, dan saiznya tak sama macam dalam poster. Real life cinonet je, malas nak membazir.

So semalam bila hubby bagi durian crepe yang montok-montok ni, perkara pertama saya tanya

Berapa ringgit ni?

Huhu. Dasar kedekut. Rupanya hubby beli RM10 dekat hospital (memang mahal rupanya durian crepe ni yer), dan di mata saya oklah RM10 sebab besau dan banyak cream. Durian sikit saje tapi cukuplah. Rasanya seimbang sikit.

First time rasa memaaaaaannnggg lazat. Huhu. Membuatkan diriku berkobar kobar nak try buat (stok whip cream pun masih ada sikit lagi dalam freezer).

Tapi kena pegi beli pan leper dulu sebab di rumah cuma ada kuali. Macam mana nak buat crepe dengan kuali yo! XD

Apa-apa pun, TQ En. Q kerana telah membelikan daku durian crepe ni. Ingat jugak kat bini dia yang mengidam nak makan tapi kedekut nak keluar duit. Haha.



Cik Atun: Ada lagi ke durian dah nak habis musim ni?

2 comments:

  1. boleh buat pakai kuali..lenggangkan kuali tu sampai dpt crepe yg nipis..tapi tak secantik yg pakai pan la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke. kuali saya agak besar gedabak stok macam ada 10 orang kat rumah. hahaha..

      akan dicuba. tapi kuali tu ada sejarah melekat sikit. goreng ikan lekat. goreng telur lekat. goreng ayam lekat. menyampah.

      Delete

Do jot down your opinion! ^^

Feel free to use any information or images you found in this blog but do credit properly! Thank you. Powered by Blogger.