Jalan-Jalan Cari Makan dan Aktiviti Lain

Salam dan hai...

Dah agak lama tak update blog. Sangat busy akhir-akhir ini, ditambah pulak dengan ketandusan idea nak update pasal apa. Haha.

Tapi kebelakangan ni, kami memang suka jalan-jalan cari makan. Haifa tengok ajelah dulu k. Hahha. Kesian anakku.

Layankan update sekali harung ni. Malas dan takde idea punya pasal.

Haifa dan tisu, tidak boleh dipertemu. Masuk mulut je tahu.

Pegi Mydin Meru Raya nak makan chicken chop. Tak ambil gambar makanan sebab bengang chicken chop hangus tak sedap. First time makan ok jer. Itulah orang berniaga, tak pandai nak kekalkan kesetiaan pelanggan.

Nasi Kukus Rendang Tok dan Nasi Rendang

Yang ni pulak beli kat RTC Gopeng. Tak berapa nak sedap, nasi sejuk dan keras. Nasib rendang tok dia sedap. Lepas makan pusing-pusing RTC rupanya ada lagi satu medan selera kat sebelah sana. Benci betul. XD

The infamous Sate Bota Mustafa!

Nak try Sate Bota? Kami tak tahu samada tempat yang kami pergi ni betul ke authentic Sate Bota, tapi kalau ikutkan signboard kedai, betullah Sate Bota. Haha. Memang lain daripada yang lain sebab rasa rempah kari dia sangat kuat.

Agak manis bagi yang kurang suka benda manis macam saya. Tapi pedas oi. Dari segi harga agak murah. Berbaloilah drive all the way dari Ipoh ke Bota.

Angry bird in your soup.

Try Suki Pedas Hot Pot di Aeon Station 18. Sedap la jugak, tapi maybe Johnny's lagi best dari segi ingredients yang diberi. Yang best kat sini sebab ada kuah tomyam yang sedang-sedang pedas.

Dan yang lagi best, air jus tembikai yang sedap. Tak diluted pun. Kami dapat 20% off untuk set steambot and 50% off untuk sejug air. Tak tahu sampai bila promotion ni on.

Haifa dan ayah

Pergi teman hubby bowling dengan management hospital. Hubby dah lama sangat tak main... haha... nampak macam skill sudah berkarat. Hahahhahaa... Haifa pulak taknak duduk diam, minum susu muak, makan muak.

Tensi saya dibuatnya.

Apa ni? - fikir Haifa dalam hati

Lepas balik ingatkan Haifa nak main hamper, tapi topi kaledar ayah lebih menarik perhatian.

Menanti bread stick Papa John kegemaran Haifa

Pegi makan dekat Papa John di Station 18 bersama my family side. Haifa meragam sebab tak cukup tidur siang. Tapi nasib baik still boleh makan sebab suapkan dia roti jugak. Dia dah makan so malas nak bagi benda berat lagi takut kembung. Heee..

Yummy Mummy?

Dengan ini kuucapkan selamat tinggal kepada mug yang dibeli di Clinton Cards Queen Arcade, Cardiff dengan harga GBP1.00. Dah beberapa tahun pakai akhirnya retak seribu juga dia.

Makanya ke tong sampahlah dikau...

Bye. You will be missed.

Lastly, semalam pegi beli kek ini di King's (iklan tak berbayar nih).  Sebab dah jadi member, alang-alang beli 6 ketul terus sebab dia ada jual seketul RM2.00 (member price).

Sebenarnya dah lama ada cita-cita nak try buat, sebab ada lah nampak resepi di blog Kak Azlita Masam Manis, tapi dek kerana saya ni tak berapa pandai buat kek, kena la pegi rasa dulu sedap ke tak and try duplicate later.



Ternyata, bagi penggemar krim kastard, kek ni memang best. Tapi kalau tambah sikit non-diary whip cream pasti lebih mengancam.

Ok, akan dimasukkan dalam senarai nak buat later. Wish me luck!



Cik Atun: Ada satu kek, saya buat dah tiga kali, tapi masih jugak tak jadi-jadi. Sedih. T_T

No comments:

Do jot down your opinion! ^^

Feel free to use any information or images you found in this blog but do credit properly! Thank you. Powered by Blogger.